VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/06/2008

Kediaman selesa lapang fikiran


RUANG tamu berkonsep moden dan ringkas.


WANITA yang sibuk berniaga kerap dilempar dengan tanggapan bahawa mereka tidak kisah untuk menguruskan rumah. Kesuntukan masa kerana sibuk mencari duit membuatkan kerja-kerja menghias atau mengemas rumah bukan menjadi keutamaan. Namun, menjengah ke rumah pengusaha biskut dan kek, Zaida Aziz, nyata tanggapan sedemikian meleset sama sekali.

Malah, mahligai keluarganya yang terletak di kawasan perumahan teres dua tingkat di Setapak Indah, Kuala Lumpur, dihias rapi dan indah.

Biarpun masanya di rumah begitu singkat, wanita ini akan mempastikan kediamannya sentiasa kemas dan selesa dipandang.

Menurut ibu kepada empat orang anak berumur di antara 12 hingga empat tahun ini, kedainya yang terletak berhampiran rumah, iaitu cuma kira-kira tiga minit jika berkereta, memudahkannya untuk mengemas rumah dahulu sebelum ke kedai.

''Banyak masa saya dihabiskan di kedai, justeru saya lebih selesa memilih konsep hiasan dalaman yang ringkas dan kemas,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, konsep itu juga menjadi pilihan suami dan anak-anak memandangkan beliau tidak mempunyai masa untuk sering mengemas rumah.

Baginya, bila pulang ke rumah, beliau ingin berehat dan tidak suka melihat rumah yang berserabut.

Ruang tamu rumah yang baru siap diubahsuai dua bulan lalu, tidak diletakkan banyak perabot, cukup dengan hanya sebuah sofa dua dudukan dan dua buah kerusi jati Betawi yang dibeli pada tahun 2000.

Sebuah meja kopi diletakkan di tengah-tengah, manakala di depan ruang tamu ini diletakkan sebuah kabinet rendah dan peti televisyen di mana seluruh ahli keluarga menonton bersama pada waktu malam.

''Perabot yang ada adalah gabungan lama dan baru. Kebanyakannya saya beli bila ada jualan murah. Perabot lama pula saya cat semula agar nampak baru. Tidak semestinya kita membeli perabot yang mahal. Biar murah namun cantik,'' ujarnya yang sebelum ini mendiami rumah bandar.

Dua bingkai gambar berkonsep moden menghiasi dinding pada ruang ini yang keseluruhannya dicat putih.

Zaida berkata, lebih selamat jika memilih cat putih kerana rumah akan nampak luas dan tenang di samping mudah disesuaikan dengan perabot dan langsir.

Keindahan ruang tamu lebih menyerlah dengan pemilihan bentuk lampu yang berbeza sehingga membuatkan tetamu spontan melihat ke atas apabila melabuhkan punggung di atas sofa.

Tambah Zaida, lampu berperanan penting dalam mengindahkan sesebuah ruang. Untuk itu, beliau tidak terburu-buru apabila memilih lampu untuk rumahnya.

Semasa rumahnya masih lagi di dalam peringkat pengubahsuaian, beberapa kali beliau ke kedai lampu mencari yang sesuai dan terus membuat pesanan. Apabila semua kerja telah siap, barulah beliau mengambil semula lampu-lampu tersebut untuk dipasang.

Begitu juga dengan pemilihan dan pembelian jubin untuk tangga ke tingkat atas, jubin ruang makan dan lantai.

Tangga ke tingkat atas yang dulunya kayu digantikan dengan jubin. Begitu juga dengan dinding ruang makan yang cantik dengan jubin empat segi bujur warna krim.

Menurutnya, jika dikira-kira untuk jangka masa panjang adalah lebih jimat meletakkan jubin pada dinding di ruang makan kerana tidak perlu dicat setiap tahun. Jika kotor, lap sahaja dengan kain basah.

Kreativiti Zaida dapat dilihat pada jubin empat segi berukuran 16 x 16 sentimeter pelbagai warna, iaitu merah, biru, oren dan hitam yang dilekatkan memanjang pada ruang makannya.

''Tiga hari saya berulang-alik ke kedai jubin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, mencari jubin dan akhirnya saya ternampak jubin yang diimport ini. Walaupun harganya mahal sedikit, saya puas hati kerana ia berkilat dan berkualiti,'' ujar wanita gigih ini.

Bagi memisahkan ruang tamu dan ruang makan ini, Zaida menggantungkan tirai tali berwarna merah yang berbuai lembut ditiup angin.

Sebuah meja makan dengan enam kerusi diletakkan pada ruang yang berlantaikan jubin seakan-akan panel kayu yang turut menjadi pilihan beliau kerana keunikannya.

Berhadapan meja makan ini adalah dapur kering yang lengkap dengan kabinet kayu dan beberapa hiasan seperti balang-balang kaca berisi makanan ringan dan biskut.

Pada atas kabinet pula, diletakkan empat botol panjang berwarna hijau, biru, putih dan merah samar sekadar sebagai hiasan sambil menikmati hidangan.

Walaupun tinggal di rumah teres, namun keinginannya untuk memiliki sebuah pondok wakaf seperti yang ada di kampung bukanlah mustahil.

Berkenan dengan pondok wakaf yang dilihat pada sebuah rumah, Zaida mencari tukang yang membuatnya dan mengupah untuk memasang pondok wakaf di laman rumahnya.

Menurut beliau, pondok wakaf ini agak berbeza kerana tidak dibuat daripada kayu seperti lazimnya tetapi dibuat daripada besi.

''Pondok wakaf kayu mahal berkali ganda tetapi pondok wakaf besi ini murah dan tahan lama. Kita tak perlu bimbang ia reput atau dimakan anai-anai. Kalau pudar boleh dicat semula,'' kata Zaida.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.