ARKIB : 02/06/2008
Sepilok lokasi Festival Flora dan Fauna Antarabangsa
![]() |
|
Abdullah Ahmad Badawi merakamkan gambar Jeanne Abdullah di sisi pokok Kelumpang di Pusat Penemuan Hutan Hujan Sepilok, Sandakan, semalam. |
SANDAKAN 1 Jun - Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok, dekat sini akan menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai lokasi Festival Flora dan Fauna Hutan Hujan Antarabangsa yang dijadual berlangsung pada Ogos 2009.
Penganjuran festival selama sebulan itu memilih RDC Sepilok ekoran keistimewaannya sebagai satu daripada 12 zon mega biodiversiti dunia dengan keunikan sumber landskap semulajadi serta flora dan fauna.
Pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia (PPLM), Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, festival tersebut dijangka mampu menonjolkan Sandakan dan Sabah sebagai salah satu destinasi utama kepada pencinta alam dunia.
Menurut beliau, program yang akan diadakan dua tahun sekali itu juga secara tidak langsung dapat menyemai semangat kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menyayangi khazanah alam yang dimiliki.
''Kita sebenarnya cukup kaya dengan alam semulajadi termasuk hutan tropika tertua untuk ditonjolkan kepada masyarakat dunia.
''Penganjuran festival yang julung kali diadakan ini bagi memberi peluang kepada masyarakat dunia datang melihat sendiri muzium landskap alam yang hidup," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Datuk Ismail Ngah mengenai cadangan penganjuran Festival Flora dan Fauna Antarabangsa di RDC Sepilok, dekat sini, hari ini.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan.
RDC Sepilok yang dirasmikan oleh Abdullah pada 10 Ogos tahun lalu merupakan pusat pendidikan alam sekitar dan menempatkan hampir semua jenis koleksi hutan hujan tropika dari seluruh dunia.
Di pusat itu terdapat kemudahan pusat pameran khazanah hutan hujan, laluan penerokaan hutan hujan, taman lebih 250 spesies tumbuhan-tumbuhan serta kanopi pejalan kaki sepanjang 150 meter.
Jeanne berkata, lapan komponen akan menjadi teras festival tersebut iaitu pameran pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui serta bahan semulajadi berasaskan hutan.
Selain itu, ditonjolkan juga seni bina kreatif rumah mesra alam, pameran herba hutan dan cara perubatan tradisional, forum perbincangan isu-isu pengurusan hutan, pertunjukan kesenian dan kraftangan serta pameran orkid.
''Festival ini diadakan untuk tempoh masa sebulan kerana banyak tarikan di Sandakan boleh diketengahkan kepada pengunjung dan kita berharap kawasan ini akan menjadi tumpuan pelancongan alam semulajadi," ujar beliau.
Terdahulu, beliau diiringi Abdullah meninjau melalui udara kawasan Hutan Simpan Lembah Danum, Pusat Penemuan Paya Bakau, Hutan Simpan Kabili-Sepilok, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pusat Penyelidikan Hutan dan RDC.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
20 pasangan akad nikah sempena Festival Belia Putrajaya
Undang-undang, kawalan, salah guna media sosial dikaji
4 pemancing dikhuatiri hilang
Lima kumpulan berentap di pentas akhir Battle of The Band Felda
KDN, SKMM,Cyber Security kerjasama banteras tentera siber
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










