DALAM NEGERI

ARKIB : 01/06/2008
Punca Skim Pinjaman Siswazah gagal

Punca Skim Pinjaman Siswazah gagal


Saifuddin Abdullah (dua dari kiri) melawat bengkel mengecat kereta selepas majlis penamaan semula Pusat Giat Mara Mentakab dengan nama baru GiatMara Mentakab-Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 31 Mei - Syarat terlalu ketat dan birokrasi sesetengah bank mungkin punca kegagalan Skim Pinjaman Siswazah menarik lebih ramai siswazah meminjam bagi memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang kecewa dengan senario itu berkata, hanya RM3 juta daripada RM100 juta dana di bawah skim itu telah diluluskan kepada pemohon sejak ia dilancarkan 10 tahun lalu.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kementeriannya akan mengkaji semula kedudukan dana skim pinjaman siswazah yang kurang mendapat sambutan bagi memastikan skim tersebut mencapai sasarannya.

Katanya, mungkin terdapat beberapa syarat pinjaman yang ketat dan tidak mampu dipenuhi oleh siswazah di samping kerenah birokrasi pihak bank sehingga menyebabkan siswazah tidak berminat untuk memohon dana berkenaan.

''Kementerian akan meminta Bank SME iaitu bank yang dipertanggungjawabkan mengurus dana tersebut supaya mengkaji semula syarat bagi memudahkan siswazah untuk membuat pinjaman," katanya selepas merasmikan Majlis Penamaan Semula Giatmara Mentakab-Temerloh dekat sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara, Meriam Abdul Majid.

Menurut Saifuddin, syarat ketat yang dikenakan oleh pihak bank boleh membunuh minat para siswazah menceburi bidang perniagaan dan secara tidak langsung ia boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan lepasan universiti.

Selain itu katanya, masalah tersebut timbul kerana tidak wujud penyelarasan antara pihak bank dengan agensi yang memberikan kursus menyebabkan siswazah sukar mendapat pinjaman kerana kursus tersebut tidak diiktiraf oleh bank berkenaan.

''Sehubungan itu saya berharap pakej baru yang akan dikaji itu akan mampu menarik minat para siswazah untuk menceburi bidang keusahawanan.

''Kerajaan juga lebih menggalakkan mereka untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia mampu memberikan pendapatan yang lebih lumayan di samping dapat mewujudkan pekerjaan kepada orang lain," kata Saifuddin.

Sementara itu, beliau mengajak rakyat negara ini perlu mengubah tanggapan terhadap lulusan pusat kemahiran sebagai kumpulan kelas kedua berbanding dengan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik.

Katanya, anggapan seperti itu sudah tidak sesuai memandangkan mereka yang memiliki kelulusan kemahiran sudah diiktiraf setaraf dengan kelulusan akademik di negara-negara maju.

IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:14
Asar 4:16
Maghrib 7:17
Isyak 8:26
 
IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
Utusan Online on Facebook