ARKIB : 30/05/2008
Kereta Thai beratur isi minyak hari terakhir
BALING 29 Mei - Suasana beberapa pekan sempadan di negeri ini 'meriah' hari ini apabila pemilik kenderaan Thailand mengambil peluang mengisi minyak di stesen-stesen berkenaan sebelum penguatkuasaan larangan menjual minyak kepada warga asing bermula esok .
Tinjauan Utusan Malaysia di pekan Baling dan Pengkalan Hulu, Perak yang jaraknya terletak kira-kira 18 dan enam kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand dekat Betong mendapati rata-rata pemilik kenderaan negara itu masuk ke negara ini seawal pukul 7 pagi.
Kemasukan lebih 1,000 kenderaan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh buah stesen minyak di dua pekan dan tiga lagi stesen minyak mini di perkampungan dekat sempadan menjadi agak sesak.
Malah, ada di antara pemilik kenderaan yang rata-ratanya jenis pacuan empat roda termasuk beberapa agensi kerajaan Thailand beratur panjang menunggu giliran untuk mengisi minyak.
Seorang pemandu kenderaan Thailand dari Kampung Aiyoeweng, Betong, Wae Mahadi Langhitae, 43, memberitahu, penduduk negara itu tidak mahu melepaskan peluang terakhir untuk mendapatkan minyak diesel 'murah' hari ini.
Beliau berkata, rata-rata penduduk Thailand mendapat tahu berita mengenai larangan berkenaan daripada laporan media tempatan dan Malaysia sejak kelmarin.
"Sejak berita dilaporkan, kami bergegas ke sini untuk isi minyak. Begitu juga hari ini, ramai bawa kereta keluar sebab hari ini, hari terakhir kita boleh beli," katanya.
Wae Mahadi berkata, minyak diesel yang dijual di stesen minyak sekitar bandar Betong ialah 39 Baht (RM4.30) seliter sementara petrol pula 41 Baht (RM4.50) seliter.
"Di Malaysia masih jauh lebih murah, tambahan pula sekarang nilai mata wang Thailand sedikit tinggi dari Malaysia. Namun, selepas ini kita terpaksa kembali beli minyak di Thailand seperti biasa," katanya.
Seorang kakitangan kerajaan, Anuchit Kanokwongse, 34, berkata, sebelum ini, dia berulang-alik ke Malaysia setiap tiga hari untuk mengisi minyak.
"Harga petrol di sini jauh lebih murah kerana diberi subsidi sementara di sana ikut harga pasaran.
"Namun, selepas ini kita tak boleh beli lagi. Kita terima hakikat ini, tapi hari ini kena isi bagi penuh dulu," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga, Fatimah Abdurohaman, 29, berkata, biasanya dia berulang-alik dari Thailand untuk menghantar barang-barang di Sungai Petani.
"Dulu lepas hantar barang, nak masuk balik, baru isi minyak di Baling atau Kroh (Pengkalan Hulu).
"Sekarang kena fikir cara lain pula. Mungkin kena isi minyak secukupnya untuk teruskan perjalanan," katanya.
Sementara itu, seorang juruwang di sebuah stesen minyak di Baling yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan berkata, sebelum ini, kira-kira 100 kenderaan bernombor pendaftaran Thai dikesan mengisi minyak setiap hari.
"Bagaimanapun hari ini, kenderaan Thai bertambah beberapa kali ganda mungkin sebab mereka tahu selepas ini tak boleh beli lagi," katanya.
Hassan memberitahu, ada juga di antara pemilik kenderaan Thai cuba mengisi minyak ke dalam tong.
Namun, katanya, mereka dilarang berbuat demikian kerana boleh membahayakan pengguna lain.
"Kita juga kena had pembelian iaitu hanya isi maksimum RM50 setiap kereta," katanya.
Berkuat kuasa esok, kerajaan menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura dilarang sama sekali menjual bahan api kepada kenderaan asing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad kelmarin berkata, ia bagi mencegah kenderaan dari negara jiran yang terlalu banyak membeli petrol dan diesel subsidi di stesen-stesen minyak di sempadan.
Exco NS diberi tempoh sebulan isytihar harta
SPR warta keputusan PRU-13 hari ini
PM terima kunjungan Ketua Pengarah UNESCO
Kunjungan Obama Oktober ini bukti Malaysia negara penting di Asia
Jangan terpengaruh e-mel palsu guna nama Datin Seri Rosmah Mansor
Kes rogol bawah umur di Sabah tak pernah digugur - Peguam Negara
Malaysia kemuka dokumen Konvensyen Senjata contoh ke PBB
UniMAP anjur seminar institusi raja 5 Jun
Shahiruddin letak jawatan Pengerusi GiatMara
USM bekerjasama dengan universiti luar negara kaji penyakit keturunan
Harga tembikai dijangka stabil menjelang Ramadan - FAMA
Nur Liyana catat kecemerlangan di Amerika Syarikat
KPN janji garis strategi drastuk tangani jenayah seluruh negara
10 anggota Exco Negeri Sembilan angkat sumpah
Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu 16 Jun
Kes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan
PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah tangani masalah jenayah
Penggabungan selesai sebulan
Enam anak Felda takluk Everest
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









