VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 27/05/2008

10 OKU ternak puyuh


Projek ternakan burung puyuh mampu menjana pendapatan orang kurang upaya (OKU) di Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Terengganu. - Gambar hiasan


MARANG 26 Mei - Seramai 10 peserta orang kurang upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Taman Rahmat, Pulau Kerangga, dekat sini bakal menyertai projek ternakan burung puyuh bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Taman Rahmat, Tahir Musa berkata, pihaknya difahamkan peruntukan sebanyak RM27,000 bagi melaksanakan projek itu telah diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu.

"Projek ini dilaksanakan melalui geran sebanyak RM2,700 untuk setiap peserta yang ingin melaksanakan pelbagai projek pembangunan ekonomi.

"Kita akan melaksanakan segera projek ini dan berharap ia dapat membantu menambah pendapatan penduduk di sini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perjumpaan bersama penduduk Taman Rahmat di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang, Razali Idris.

Taman Rahmat yang dibuka pada 1981 kini diduduki 236 penghuni daripada 55 keluarga OKU dan cacat penglihatan.

Menurut Tahir, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai peruntukan kepada golongan berkenaan di Taman Rahmat justeru mereka harus lebih berdikari dan merebut peluang yang ada agar mampu bersaing dengan orang lain.

Katanya, walaupun dilahirkan tidak sempurna ia tidak tidak seharusnya menjadi halangan untuk golongan OKU mencapai kejayaan seperti orang lain.

Jelasnya, mereka tidak seharusnya melihat kecacatan yang dialami sebagai satu kekurangan atau halangan untuk berusaha dengan lebih gigih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.