Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
UTARA

ARKIB : 23/05/2008
Pembeli rumah diminta hubungi SPNB

Pembeli rumah diminta hubungi SPNB

PULAU PINANG 22 Mei - Pembeli rumah di bawah projek perumahan Taman Sejahtera Indah, Teluk Air Tawar di sini diminta tampil ke hadapan dan menghubungi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi menyelesaikan urusan penyerahan kunci rumah kepada mereka.

SPNB dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, bagi melancarkan urusan tersebut, pembeli dinasihatkan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti pembelian memandangkan projek itu telah siap sepenuhnya.

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan kunci rumah akan diadakan kepada pembeli yang telah menyempurnakan proses dokumentasi serta pembiayaan diluluskan oleh pihak bank, bertempat di tapak projek Taman Sejahtera Indah pada pukul 12.30 tengah hari, 25 Mei ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pembeli boleh menghubungi pegawai SPNB Wilayah Utara, Mohd. Faris Idris di talian 04-3304679 atau 04-3304429.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN