VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 19/05/2008

Kaedah tradisional tanam padi perlu diganti

SRI AMAN 18 Mei - Penanaman padi menggunakan kaedah tradisional hanya mampu mengeluarkan hasil bagi kegunaan sendiri, jauh sekali untuk dijual, kerana perolehan yang tidak seberapa.

Dengan tenaga tulang empat kerat, seorang petani mungkin sekadar mampu mengerjakan sawah seluas dua atau tiga hektar.

Bukan sahaja tidak mampu untuk mengerjakannya seorang diri tetapi kos baja dan racun yang tinggi turut menghalang para petani mengusahakan projek pertanian secara besar-besaran.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan untuk melaksanakan penanaman padi yang lebih sistematik dengan menjadikan beberapa kawasan termasuk Lingga sebagai jelapang padi telah membuka lembaran baru kepada masyarakat petani.

Bagi mewujudkan kawasan pertanian yang besar, teknologi moden perlu digunakan dan ini memberi galakan kepada para petani untuk mengusahakan sawah mereka menggunakan teknologi itu.

Bagi Sebelas Bunga Deris, 40, dia dan rakan-rakannya ada mendengar berita tentang langkah kerajaan melaksanakan penanaman padi di kawasan itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan harus membawa masuk teknologi terkini untuk melaksanakannya kerana adalah mustahil mengusahakan sawah yang luas dengan tenaga manusia sahaja.

''Golongan petani sangat memahami betapa peritnya mengerjakan tanaman padi secara individu dengan kaedah tradisional iaitu daripada proses menanam anak padi sehingga ke peringkat menuai hasil.

''Selepas habis menuai, padi itu pula perlu dileraikan daripada tangkai sebelum dibersihkan dengan kaedah 'angin' bagi membuang hampas dan kemudian dijemur,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kawasan sawah padi di Kampung Entulang di Jalan Lingga dekat sini hari ini.

Saur Dugu, 41, pula memberitahu, pada masa ini, pesawah hanya menjalankan penanaman padi sekali setahun dengan memulakan tanaman pada bulan Ogos dan hasilnya boleh dituai pada pertengahan Januari dan Februari.

Katanya, tiada petani di Lingga yang menjalankan tanaman padi dua kali setahun kerana tanaman itu tidak akan menjadi kecuali semua petani di kawasan ini sepakat untuk melakukannya bersama-sama.

Tambahnya, penanaman padi oleh segelintir pihak sahaja akan menyebabkan haiwan pemusnah padi seperti ulat dan tikus bertumpu kepada sawah terbabit dan ini akan menyebabkan hasil yang diperoleh kurang.

''Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan penanaman padi dua kali setahun, mereka perlu pastikan bahawa semua petani melakukannya agar gejala padi musnah oleh tikus atau ulat dapat dihindarkan,'' katanya.

Pendapat Sebelas Bunga dan Saur turut disokong Sendi Engkaruk, 35, yang memberitahu, penanaman padi dua kali setahun boleh dilaksanakan di kawasan tersebut tetapi dilakukan dengan sistematik dan cukup peralatan di samping penggunaan teknologi terkini.

''Selain itu, diharap kerajaan juga mengawal harga racun rumput dengan ketat kerana kos bagi bahan itu yang melambung tinggi sehingga 50 peratus begitu membebankan petani untuk produktif dalam pertanian," katanya.

Bagi Birong Anding, 66, berita mengenai hasrat kerajaan membangunkan bidang pertanian adalah khabar gembira buat warga petani di Lingga kerana masih banyak kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah padi di situ.

''Golongan petani begitu menanti-nantikan projek seperti ini dan kini ia menjadi kenyataan. Semua pesawah sudah pasti gembira dan bersemangat untuk mewujudkan kawasan jelapang padi yang disebut-sebut itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.