ARKIB : 18/05/2008
Bina 1,975 rumah mampu milik
KUCHING 17 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sejumlah 1,975 unit rumah pelbagai jenis di bawah skim Rumah Mampu Milik (RMM) dikenali sebagai projek 'Vista Wawasan' di Jalan Sultan Tengah, Daerah Tanah Salak, di sini.
Pengarah Urusan SPNB, Datuk Mohd. Amin Mohd. Salleh berkata, projek itu sudah pastinya dinanti-nantikan oleh penduduk Sarawak khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
"Ia juga berhampiran dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, pejabat-pejabat kerajaan dan taman rekreasi," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Projek perumahan tersebut telah dilancarkan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Abdul Wahab Aziz, semalam.
Mohd. Amin memberitahu, projek Vista Wawasan akan dibina di atas tapak seluas 158 ekar dengan menawarkan jenis kediaman seperti 211 unit rumah setingkat seluas 750 kaki persegi pada harga daripada RM98,500 dan 1,282 unit rumah setingkat berkeluasan 850 kaki persegi berharga daripada RM155,500 seunit.
Katanya, dengan deposit serendah RM100, mereka yang berpendapatan rendah juga boleh memiliki rumah kos rendah yang berharga RM42,000 seunit.
Tambahnya, sebanyak 16 unit rumah berkembar berkeluasan 1,000 kaki persegi turut ditawarkan kepada pembeli yang inginkan kediaman yang luas dan mempunyai kawasan tanah yang besar.
"Sebanyak 80 peratus rumah kos rendah bagi fasa satu telah terjual dan secara keseluruhan, sebanyak 269 unit rumah bagi projek ini telah terjual sejak pelancaran tersebut,'' katanya.
Dalam pada itu, SPNB menyasarkan pembinaan sebanyak 12,241 unit rumah pelbagai jenis di Kuching, Sibu, Kota Samarahan, Miri dan Bintulu.
Menurutnya, SPNB kini sedang membangunkan 1,152 unit rumah jenis pangsapuri di Kota Samarahan yang dikenali sebagai 'Vista Ilmu' di samping 2,643 unit rumah dan unit-unit komersial yang terdapat di Daerah Miri iaitu di Desa Bahagia.
"Sementara itu, sebanyak 500 permohonan pelaksanaan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Sarawak telah diluluskan manakala 50 unit lagi sedang dibina manakala 138 unit telah siap dan diserahkan kepada pemohon,'' ujarnya.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









