VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/05/2008

Jururawat wajib ikuti program CPD

SUBANG JAYA 12 Mei - Mulai tahun depan, jururawat yang berkhidmat dengan kerajaan dan sektor swasta diwajibkan mengikuti Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) sebagai syarat untuk memperbaharui Sijil Amali Tahunan mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, jururawat diwajibkan mengikuti CPD dan memperoleh tahap pencapaian yang diperlukan sebelum sijil amali tahunan mereka dapat diperbaharui.

Menurut beliau, program itu telah pun berjalan tetapi hanya akan diwajibkan tahun depan bagi menjamin jururawat dilengkapkan dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan dengan kehendak semasa.

''Mereka boleh mengikuti kursus dalam bidang tertentu atau mempelajari sesuatu subjek secara online CPD untuk mendapatkan markah yang melayakkan sijil amali mereka diperbaharui,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2008 yang dihadiri 2,000 jururawat dari seluruh negara di sini hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican; Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Ramziah Ahmad dan Pengarah Kejururawatan Malaysia, Fathilah Abd. Wahab.

Majlis itu turut memberi anugerah berbentuk plak kepada tiga bekas jururawat dalam pelbagai bidang iaitu Lim Chooi Ewe untuk perkhidmatan, Chan Kum Sum dalam bidang pendidikan dan Rose Paul dalam bidang komuniti.

Tiong Lai berkata, pihak kementerian akan terus menaikkan tahap kemahiran jururawat supaya mereka dapat menjalankan pelbagai tugas daripada kejururawatan sehinggalah kepada bidang teknologi dan mengendalikan komputer.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, negara menghadapi kekurangan jururawat dalam bidang-bidang tertentu seperti di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dewan pembedahan.

Dalam pada itu, katanya, masalah itu tidak kritikal berbanding kekurangan jumlah doktor dan masalah ini bergantung kepada hospital.

''Kekurangan juga timbul akibat penambahan jumlah hospital kerajaan dan swasta yang dibina sejak kebelakangan ini,'' jelasnya.

Menurutnya, sehingga Mei ini terdapat 71,905 jururawat di seluruh negara iaitu 54,350 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sementara 17,555 dengan institusi swasta.

Bagaimanapun, kata beliau, kementerian telah menyediakan rancangan untuk mendapatkan bilangan jururawat yang mencukupi menjelang tahun 2010 dan 2020 dan mereka mengikuti kursus di 80 kolej kejururawatan tempatan.

Sementara itu beliau memberitahu, anggaran jumlah yang diperlukan dalam tempoh 10 tahun pada 2018 ialah 110,185 jururawat.

Sementara itu, Tiong Lai menggesa supaya jururawat mengambil serius setiap aduan daripada pelanggan, di samping sentiasa mematuhi standard prosedur operasi (SOP) bagi mengurangkan berlakunya kes kecuaian.

Menurut beliau, kini Majlis Keselamatan Pesakit mengendalikan kes-kes kecuaian yang berlaku di hospital-hospital kerajaan.

ENDS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.