VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 12/05/2008

Himpunan lagu filem Hindi terbaik

KOMEN: Jika anda penggemar lagu-lagu Hindi, Cinta Bollywood merupakan album kompilasi yang wajib dimiliki. Ini kerana, album yang mengandungi dua cakera padat (CD) dengan 25 buah lagu terdiri daripada lagu-lagu terbaik Hindi.

Semua lagu dipetik daripada filem-filem Hindi yang pernah mencatat kutipan tiket ‘pecah panggung’ sepanjang dua dekad kebelakangan ini. Contohnya, lagu-lagu daripada filem Hindi paling popular pertengahan tahun 1996 berjudul Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Antara lagu daripada filem itu yang dimuatkan menerusi album ini berjudul Ho Gaya Hai Tujho To Pyar Sajna, Mehndi Laga Ke Rekna dan Tujhe Dekha To. Kebanyakan lagu dinyanyikan oleh penyanyi latar filem Hindi yang tidak asing lagi seperti Udit Narayan, Lata Mangeshkar dan Alka Yagnik. Meskipun menampilkan judul filem yang berbeza tetapi penyanyi latar kebanyakan filem yang ditampilkan menerusi album ini merupakan orang yang sama. Namun, penyanyi seperti Lata Mangeshkar tetap mengekalkan keutuhan suaranya yang masih seperti anak dara biarpun usia beliau kini sudah mencecah lebih 65 tahun! Turut menyumbangkan suara ialah Sonu Nigam, Shankar Mahadevan dan Kumar Sanu. Selain penyanyi latar khusus, pelakon seperti Shah Rukh Khan turut menyumbangkan suaranya menerusi lagu Aankhein Khuli yang dipetik daripada filem Mohabbatein. Meskipun kebanyakan lagu merupakan berkonsepkan tradisional pop Hindi tetapi terdapat juga lagu yang menyuntik elemen tekno dan disko seperti lagu Maahi Ve yang dipetik daripada filem Kal Ho Naa Ho. Sementara lagu-lagu daripada filem seperti Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Yes Boss dan Kabhi Khushi Kabhie Gham turut dimuatkan menerusi album ini.

Judul Album: Cinta Bollywood

Lagu-Lagu Daripada Filem: Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Mohabbatein dan lain-lain.

Konsep Muzik: Pop Hindustan

Edaran: Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.