VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 11/05/2008

PDRM tambah enam pusat latihan


KAMI LULUS... Sebahagian daripada pelatih meraikan kejayaan mereka selepas Majlis Tamat Latihan Asas Konstabel (Wanita) Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN


JEMPOL 10 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah enam lagi pusat latihan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 dalam usaha melahirkan 60,000 anggota menjelang 2012.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abdul Razak Bokhari berkata, enam pusat latihan berkenaan dua di Kedah dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Terengganu serta Pahang.

''Buat masa ini sebahagiannya sedang dalam pembinaan dan sebahagian lagi sedang dipertingkatkan infrastruktur. Apabila ia siap kelak, kita menyasarkan seramai 12,000 anggota akan dapat dikeluarkan setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perbarisan tamat latihan kursus asas konstabel pelatih (wanita) Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Air Hitam, dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rosniah Ramle dan Komandan Pulapol, Supritendan Mud Shukri Jusoh.

Abdul Razak memberitahu, selain meningkat dan menambah pusat latihan polis ini, PDRM juga mengambil semula pegawai yang bersara untuk kembali berkhidmat, begitu juga anggota yang mempunyai kelayakan untuk bertindak sebagai pensyarah di pusat-pusat latihan ini.

''Dalam memastikan jumlah pelatih terus meningkat dan menarik minat orang awam untuk menyertai perkhidmatan kepolisan ini, PDRM juga telah membuat beberapa perubahan pada dasar latihan, iaitu menyeragamkan kursus amali, praktikal dan kajian dalam suasana yang lebih mesra.

''Bagi konstabel, kita melaksanakan dasar 3+3+1 yang mana mereka menjalani latihan tiga bulan melakukan amali di pusat latihan. Selepas itu, tiga bulan lagi mereka akan melaksanakan praktikal di daerah dan kontinjen kita di seluruh negara. Kemudian mereka akan kembali semula di pusat latihan selama sebulan untuk kajian dan peperiksaan.

''Untuk pegawai pula, kita melaksanakan dasar 6+5+1 yang mana mereka menjalani latihan amali selama enam bulan, kemudian praktikal selama lima bulan sebelum kajian semula dan peperiksaan dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berharap dengan pelaksanaan ini, lebih ramai akan menyertai pasukan polis, sekali gus berupaya menampung keperluan perkhidmatan tersebut.

Pada majlis hari ini, seramai 834 pelatih wanita telah berjaya mengikuti latihan asas yang bermula pada 15 November 2007 dan daripada jumlah tersebut, 28 pelatih memiliki kelulusan ijazah, 131 pelatih berkelulusan diploma dan 150 pelatih lagi berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Dalam ucapannya pula, Abdul Razak mengingatkan semua konstabel wanita supaya menjalankan tugas dengan penuh beretika serta mempamerkan tutur kata dan tindakan yang baik serta mesra kepada orang ramai supaya masyarakat dapat merasa bahawa polis adalah rakan sekali gus menjadi pelindung kepada harta dan nyawa mereka.

''Sebagai anggota baru, anda akan meneruskan khidmat dalam pasukan polis untuk tempoh 30 tahun lagi dan di bahu anda terletak tanggungjawab untuk memikul segala cabaran yang akan menentukan bahawa PDRM akan tetap relevan atau sebaliknya," tegasnya.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada tiga pelatih terbaik yang terdiri daripada Fahimah Ishak (Terbaik Keseluruhan), Fairuzziha Hazwani Mohamad Yusoff (Terbaik Akademik) dan Nabila Naim (Terbaik Latihan Luar).

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.