VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 07/05/2008

Membaca bentuk sahsiah remaja

ZAMAN remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri. Pada masa inilah berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan menghiburkan, kepada zaman penuh kekeliruan dan pembinaan ego diri seorang manusia.

Menurut Ismael Mudar dari Universitas Negeri Padang dalam jurnal bertajuk Pembentukan Identitas Remaja dan Gaya Pengasuhan Orang Tua, pembentukan identiti seseorang remaja itu dipengaruhi oleh persekitaran tumbesarannya. Menerusi aktiviti penerokaan dan perasaan tanggungjawab, remaja secara tidak langsung membentuk identiti dirinya sendiri.

Kajian tersebut disokong oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah."

Remaja merupakan golongan berusia 13 hingga 19 tahun. Ada pihak yang mendefinisikan remaja sebagai satu golongan manusia yang berada di zon peralihan, iaitu antara usia sebaik sahaja akil baligh dengan usia mencapai kematangan.

Usia remaja selalu dikaitkan dengan zaman persekolahan, kerana lazimnya di negara maju atau membangun, usia remaja adalah usia seseorang individu itu dalam proses mendapat pendidikan primer yang formal.

Remaja di Malaysia tidak terkecuali daripada terdedah kepada gelombang kemodenan era teknologi maklumat yang membolehkan mereka menikmati pelbagai aktiviti santai dengan mudah.

Selain dari itu, remaja kita juga sebenarnya gemar membaca. Kajian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, berasaskan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang telah 10 tahun berjalan.

MeningkatData yang dikumpul pada setiap tahun mendapati pembabitan pelajar dalam aktiviti membaca semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini.

Pusat Perkembangan Kurikulum mendapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar lebih terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah difahami.

Lambakan bahan bacaan yang disasarkan kepada golongan remaja juga menjadi tarikan minat membaca di kalangan remaja. Namun soalnya bagaimana kualiti bahan bacaan tersebut? Adakah mesej yang ingin disampaikan benar-benar sesuai untuk santapan minda dan imaginasi remaja?

Hasil pemerhatian mendapati ramai remaja terutama remaja golongan pertengahan dan rendah, terdorong untuk membaca majalah-majalah hiburan.

Seawal usia 12 tahun juga remaja sudah mula pandai membaca novel-novel cinta yang berkait rapat dengan kehidupan remaja yang serba warnawarni. Tidak dapat dinafikan, ada mesej yang ingin disampaikan oleh novel-novel ini, namun selalunya cerita cintanya juga terlalu mempengaruhi dan mengghairahkan emosi remaja. Mereka akan lebih mudah berkhayal serta kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kegilaan membaca novel-novel dan majalah hiburan ini mungkin boleh menimbulkan situasi yang tidak sihat untuk minda dan emosi remaja.

Pembacaan adalah santapan minda. Bahan santapan yang baik akan menghasilkan minda yang berkualiti. Sahsiah remaja yang baik boleh dibentuk melalui bahan pembacaan yang betul. Oleh itu, menjadi tanggungjawab remaja untuk bijak memilih bahan bacaan yang berkualiti dan dapat membantu meningkatkan stimulasi kecekapan berfikir masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.