VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 07/05/2008

Ibu dan anak sama berbakat


JUSMIERA Jamaluddin dan anak-anak dengan gaya kasual untuk bersantai. Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


GELARAN ibu sememangnya sesuatu yang amat didambakan oleh setiap wanita. Nilainya tidak galang ganti dengan wang ringgit mahupun intan permata.

Begitu besarnya sanjungan terhadap seorang ibu sehinggakan dipilih satu hari khas untuk menghargai jasa dan pengorbanannya dalam melahir, membesar dan mendidik anak-anak.

Hari Ibu, lazimnya dirai pada minggu kedua bulan Mei dan tahun ini, tarikh keramat itu jatuh pada Ahad ini (11 Mei).

Begitu pun sambutan Hari Ibu antara sebuah negara dengan negara yang lain adalah berbeza. Masing-masing mempunyai tarikh tertentu bagi menyambut hari istimewa. Di 75 buah negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Itali, Belanda, Singapura, Taiwan dan Hong Kong sendiri, Hari Ibu disambut dengan besar-besaran.

Di Malaysia pula, hanya beberapa tahun kebelakangan ini Hari Ibu disambut dengan meriah sama ada secara rasmi oleh agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mahupun banda-badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Tidak kurang juga sambutan dalam kalangan ahli keluarga dengan anak-anak meraikan ibu yang dikasihi.

Hari tersebut ibaratnya hari di mana golongan ibu sepatutnya dimanja dan dibebaskan daripada tugas domestik mereka.

Bagaimanapun, kalau sudah bergelar ibu, tetap tidak dapat meninggalkan peranannya. Celik sahaja mata, mereka sudah mula dengan tugas rutin dalam sebuah rumah tangga. Membasuh pakaian, memasak dan membersihkan rumah merupakan ‘tugas hakiki’ hinggakan mereka memang tiada masa untuk diri sendiri.

Menjelang lewat petang, mereka benar-benar nampak keletihan walaupun pada Hari Ibu sepatutnya mereka dihargai dan dimanjakan sepanjang hari.

Walau apa pun, harus diingat dan ditanamkan di dalam fikiran anak-anak, sambutan Hari Ibu setahun sekali itu tidak akan dapat membalas jasa ibu yang begitu banyak berkorban untuk anak-anak.

Bagi ibu muda, Jusmiera Jamaluddin, merasai pengalaman dihargai anak-anak pada sambutan Hari Ibu sesuatu yang diungkap dengan kata-kata.

Dia nyata begitu seronok apabila bercerita mengenai telatah dua orang anak perempuannya, Natasha Amiera Shaharizal, 10 dan Neesya Irdina Sofia Shaharizal, 8, apabila hampir tiba Hari Ibu.

Katanya, anak-anaknya mengetahui akan ketibaan Hari Ibu setelah diberitahu oleh guru di sekolah.

Justeru dia memuji sikap guru yang sentiasa mengingatkan murid-murid akan pentingnya menyambut dan menghargai jasa ibu.

‘‘Saya ingat lagi, pada Hari Ibu tahun 2006, Natasha memberikan saya sekeping kad ucapan yang dibuat sendiri dan dilukis wajah saya.

‘‘Dalam kad itu ditulisnya, ‘Mama adalah ibu terbaik dan ibu paling seksi. Selamat Hari Ibu, Tasya dan Sofia sayang mama’,’’ kata Jusmiera mengingati setiap bait kata-kata yang ditulis anak-anak.

Tambahnya, pada tahun lepas pula, Natasya memberikan pula bunga mawar yang dibelinya di sekolah serta sekeping kad.

Menurut Jusmiera, elok jika diterapkan pada anak-anak agar menghargai ibu pada sambutan Hari Ibu, walaupun sepatutnya mereka perlu menghargai ibu pada setiap masa.

Semasa anak-anaknya masih kecil, pernah mereka bertanya mengapa dia memberi hadiah kepada ibunya pada Hari Ibu.

Setelah dijelaskan, barulah mereka faham dan kini giliran mereka pula menghargai dan mengucapkan selamat Hari Ibu padanya.

Seingat Jusmiera, sudah lima tahun anak-anaknya memberi kad ucapan Hari Ibu kepadanya.

Katanya tahun ini, Natasha awal-awal lagi sudah bertanya kepadanya hendak makan apa. Mungkin kerana dia mahu belanja makanan kegemaran ibu mereka..

‘‘Saya tahu mereka ada menyimpan duit belanja sekolah untuk membelikan sesuatu untuk saya. Lucunya, semasa menjemput mereka pulang sekolah baru-baru ini, beg Natasha terjatuh di dalam kereta dan saya terdengar seperti bunyi kaca sebelum ternampak botol minyak wangi terkeluar dari beg.

‘‘Natasha spontan berkata, alamak mama dah nampak. Tapi saya buat-buat tak nampak saja,’’ ujar Jusmiera lagi.

Ceritanya lagi, budaya memberi kad ucapan dan meluahkan kasih sayang kepadanya dilakukan oleh anak-anaknya pada setiap minggu.

Mereka akan menulis, melukis gambarnya dan meletakkannya sama ada di pintu peti sejuk, dalam bilik atau atas almari.

‘‘Mereka akan tulis, ‘You’re the best mother. Don’t worry mum, I will take care of you’ dan sebagainya. Kadang-kadang, Natasha yang bersikap pelindung, akan menepuk bahu saya. Sofia, yang pemalu, pula akan mengikut saja apa yang dilakukan kakaknya.”

Apa kata Natasha:

Murid darjah empat Sekolah Kebangsaan Sri Petaling ini berkata, dia sudah membeli sekuntum bunga mawar yang di dalamnya ada minyak wangi untuk diberikan pada ibu sempena sambutan Hari Ibu.

Dia juga sudah menyiapkan sekeping kad ucapan yang ditulisnya, ‘‘Mama orang yang paling aku cinta. Mama cantik dan penyayang, mama selalu manjakan Tasha dan Sofia.’’

‘‘Sebenarnya Tasha nak belikan mama jam tangan Guess tapi duit tak cukup.

‘‘Tapi tak apalah. Bila Tasha dah besar, Tasha nak jadi juruterbang dan nak belikan mama kereta Ferrari. Apa yang mama nak, Tasha akan belikan,’’ katanya yang berbakat dalam bidang peragaan fesyen.

Apa kata Sofia:

Sofia pula yang belajar dalam darjah dua di sekolah yang sama bercadang hendak membelikan ibunya baju jenama Roxy.

‘‘Baju tu warna merah jambu dan tak seksi. Mama tak tahu lagi,’’ katanya yang akan mengajak ibu saudaranya menemaninya.

Kata Sofia, tahun lepas, dia memberikan kad bertulis ‘I love you, sayang mama’ pada ibunya itu.

Pada pertemuan di rumah Jusmiera di Petaling Jaya itu, dia telah memperagakan lima pasang baju bersama dua orang buah hatinya itu.

Walaupun bidang peragaan sudah menjadi kerjaya Jusmiera, bagi anak-anaknya nyata mereka juga memilik bakat semula jadi dan tidak sukar mengarahkan untuk bergaya di depan kamera.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Walaupun tidak diajar, namun bakat kedua-dua gadis cilik itu datang sendiri.

Gaya mereka selamba dan spontan seperti peragawati kecil apabila diminta bergaya di samping ibu kesayangan mereka itu.

Tidak perlu ditunjukkan gaya yang sesuai, mereka dengan sendiri dapat melakukannya dengan baik.

Penggambaran yang dilakukan di sekitar kolam renang di kondominium kediaman mereka berjalan dengan lancar walaupun hujan mula turun rintik-rintik.

Satu demi satu baju yang digayakan oleh ibu dan anak ini begitu secocok dengan penampilan mereka yang pandai bergaya.

Kata Jusmiera, anak-anaknya itu pandai memilih fesyen yang mereka sukai. Biasanya dia akan membelikan fesyen yang sama untuk mereka.

Bagi kanak-kanak seusia mereka, fesyen seperti jaket, skirt denim, dres, seluar pendek atau seluar paras lutut cantik dan comel pada mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.