Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 02/05/2008
MB Perak pertikai konsep pendidikan percuma

MB Perak pertikai konsep pendidikan percuma

IPOH 1 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan konsep pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini dengan alasan ia masih membebankan ibu bapa.

Beliau mendakwa, ibu bapa telah diberikan gambaran yang salah seolah-olah kos pendidikan di sekolah rendah dan menengah pada tahun ini adalah percuma sedangkan mereka masih perlu membayar pelbagai yuran lain.

''Sekarang yuran yang percuma ialah sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan sebanyak RM9 untuk sekolah menengah.

''Jumlah itu tidak besar tetapi ceritanya seolah-olah seluruh dunia merasakan di Malaysia ini pendidikan adalah percuma sedangkan ia tidak benar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja anjuran Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat Pembuat Keluaran Getah Cawangan Perak di sini hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, ekoran masalah tersebut pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memberi cadangan kepada kerajaan supaya mewujudkan dasar pendidikan percuma dari peringkat tadika hingga institusi pengajian tinggi awam.

Dengan adanya dasar itu, katanya, ia secara tidak langsung akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa.

''Kita akan membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen kami dan kita juga akan beri penjelasan kepada rakyat bagaimana mereka boleh memperoleh pendidikan percuma,'' katanya.

''Buat masa ini, polisi gaji minimum tidak diletakkan sebagai prasyarat kepada pelabur yang ingin datang ke Perak kerana ia bukan undang-undang.

''Jika ia menjadi undang-undang, syarikat pelabur perlu patuh, lagipun polisi ini sudah lama dilaksanakan di negara maju,'' katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN