Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
MAHKAMAH

ARKIB : 25/04/2008
Majistret cuti sakit bicara kes Fazura ditangguh

Majistret cuti sakit bicara kes Fazura ditangguh

KUALA LUMPUR 24 April - Perbicaraan kes pelakon, Fazura yang sedang membela diri atas tuduhan mencederakan seorang suri rumah di Mahkamah Majistret di sini hari ini ditangguh esok kerana Majistret Aizatul Akmal Maharani bercuti sakit.

Dalam prosiding esok, saksi kedua pembela, Shahrizan Mohd. Rodzi yang sebelum ini tidak dapat hadir ke mahkamah dijangka memberi keterangan.

Peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan tidak kelihatan begitu juga pelakon itu kerana difahamkan mereka telah dimaklumkan lebih awal.

Pada 27 Mac lalu, perbicaraan terpaksa ditangguhkan berikutan Shahrizan tidak dapat hadir kerana terpaksa ke Melaka atas urusan penting.

Sementara dua lagi saksi juga tidak hadir untuk menggantikan Shahrizan kerana mereka telah dimaklumkan hanya akan memberi keterangan selepas selesai saksi kedua itu.

Dalam kes ini, Fazura atau Nur Fazura Sharifudin, 24, didakwa mencederakan Geraldine Mariana Wong, 33, di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini kira-kira pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Pelakon filem dan drama bersiri Gol & Gincu itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN