|
TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kenaikan harga makanan dunia boleh mencetuskan krisis hebat termasuk menjatuhkan kerajaan serta peperangan.
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak peperangan yang berlaku kerana krisis makanan. Pada waktu itu ketegangan yang berlaku tidak lagi hanya mengenai isu demokrasi.
Krisis makanan dunia jika tidak ditangani dengan baik akan tentunya membawa kesan amat buruk kepada negara. Rakyat yang lapar akan berbuat apa sa- haja untuk mengisi perut mereka kerana makanan merupakan asas kepada kehi- dupan. Tanggungjawab memastikan rak- yat akan dapat hidup tanpa perut yang lapar bukan sahaja terletak kepada pihak kerajaan tetapi juga terletak di bahu semua.
Hubung kait antara rusuhan dan peperangan dengan perut yang lapar boleh dilihat melalui penjelasan oleh Abraham Maslow dalam teori Hierarki Keperluan Maslow.
Teorinya itu menjelaskan manusia mempunyai satu set keperluan yang berbentuk hierarki yang boleh mempengaruhi tingkah laku. Penyempurnaan matlamat pada tahap lebih rendah mesti di- capai sebelum boleh bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Proses ini akan berterusan dalam peringkat seterusnya.
Lima tahap keperluan yang bermula dari peringkat paling bawah dan bergerak ke atas itu adalah keperluan fisiologi, keselamatan, kekitaan dan kasih sa- yang, penghargaan kendiri dan penyem- purnaan kendiri.
Keperluan pertama yang perlu dipenuhi ialah keperluan fisiologi iaitu keperluan memenuhi rasa lapar, dahaga dan pusingan aktiviti tidur. Keperluan ini juga termasuk memenuhi keperluan seks
Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi, barulah manusia akan bergerak kepada keperluan seterusnya iaitu keperluan kepada keselamatan dan jaminan. Keperluan ini termasuklah keperluan kepada perlindungan daripada ancaman bahaya.
Hierarki yang paling atas yang boleh dicapai oleh manusia mengikut Maslow ialah mencapai kesempurnaan kendiri. Pada peringkat ini, manusia akan mencapai potensi dalam diri dan memaksimumkan pembangunan diri serta kreativiti dan pembangunan kendiri.
Maslow seterusnya menjelaskan manusia tidak akan mempunyai keinginan untuk berkarya seperti mencipta lagu atau mencipta formula-formula matematik, menghias rumah atau berpakaian cantik sekiranya perut kosong sepanjang masa ataupun berkeadaan dahaga dan lapar.
Walaupun teori ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri dan keperluan yang dinyatakan dalam setiap hierarki berubah mengikut keperluan, persepsi dan definisi masyarakat yang pelbagai, ia masih lagi relevan dalam menerangkan banyak perkara kehidupan seperti kehidupan berorganisasi.
Melihat betapa krisis makanan boleh membawa kesan yang amat buruk kepada rakyat dan perut yang lapar tidak boleh meneruskan kerja-kerja harian yang lain, maka pihak kerajaan telah mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM4 bilion bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat.
Peruntukan itu adalah diperlukan untuk menyediakan stok penimbal makanan, pembukaan kawasan baru pertanian dan subsidi bagi pengeluaran makanan.
Langkah ini dilihat oleh pihak kerajaan amat signifikan dalam usaha membolehkan negara bersedia dalam menghadapi inflasi makanan global yang berlaku sekarang.
Negara kini tidak boleh lagi sepenuhnya bergantung kepada negara luar untuk bahan makanan.
Hasrat kerajaan ialah untuk memastikan bahawa negara ini mampu untuk memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus berbanding antara 65 peratus hingga 70 peratus sebelum ini.
Krisis makanan dunia terbukti telah membawa beberapa negara dalam krisis. Tanggungjawab memastikan rakyat dapat hidup tanpa perut yang lapar mesti dipikul bersama. Ia bukan sahaja terletak kepada pihak kerajaan tetapi juga di bahu rakyat semua.
Tugas rakyat ialah untuk memastikan mereka tidak membazir makanan dan bersama-sama menjayakan segala perancangan kerajaan dalam memastikan rakyat negara ini dan dunia berhak menikmati makanan dalam kehidupan mereka.
IKLAN@UTUSAN
|