VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 23/04/2008

Kasihan bapa pelakon popular

BARU-BARU ini, Papa bertemu dengan jiran papa, Kak Nita Becok. Kebetulan Kak Nita baru balik dari kampung.

Dia bukan saja bawa balik buah tangan buat Papa tetapi juga cerita panas yang disampaikan oleh orang-orang terdekat seorang personaliti popular tanah air.

Khabarnya, bapa kepada seorang pelakon tersohor tanah air memendam duka kerana berasakan dirinya seperti dipinggirkanoleh anak tersayang.

Kehadiran bapa yang pernah membesarkannya suatu ketika dulu bagaikan sudah lama terpadam dalam memori pelakon yang mula menempa kekayaan hasil lakonannya dalam pelbagai drama dan filem.

Biarpun kini menumpang kasih dengan bapa baru, sayang sekali pelakon itu tidak pernah bertanya khabar, jauh sekali menjenguk bapa kandungnya.

Berdasarkan apa yang Kak Nita Becok ceritakan, ibu dan bapa kandung artis ini sudah lama bercerai dan ibunya juga sudah berkahwin lain serta hidup bahagia dengan suami barunya.

Kata Kak Nita Becok lagi, dia bukannya mahu menjaga tepi kain orang, sebaliknya dia berbangga dengan pelakon ini yang semakin mencipta nama dan menjadi pujaan ramai.

“Kerap kali baca dalam surat khabar atau majalah, jarang sekali pelakon itu menyebut mengenai bapanya, sebaliknya nama ibunya sering kali tidak pernah terlepas daripada mulutnya yang kononnya banyak berkorban di atas kemewahan yang dikecapi hari ini,” luah Kak Nita Becok lagi.

Papa ada juga berbisik pada Kak Nita Becok dengan mengatakan padanya sekurang-kurangnya pelakon itu sentiasa beringat bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibunya.

“Itu aku faham, tapi janganlah sampai lupa pada bapa kandung sendiri,” kata Kak Nita Becok lagi.

Kalau itu belum cukup, Kak Nita Becok juga mendedahkan rahsia bahawa ada cerita kurang manis yang pernah berlaku dalam kehidupan keluarga pelakon itu.

Namun, Papa mohon maaf kerana tidak sampai hati untuk menulisnya di ruangan ini.

Nasihat Papa kepada semua artis di Malaysia yang masih mempunyai ibu dan ayah atau salah seorang daripada mereka, ingatlah tanpa kasih seorang ibu dan cinta seorang ayah, kita tidak mungkin berada di bumi yang indah ciptaan Allah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.