ARKIB : 19/04/2008
Syabas masih kaji beri air percuma
SHAH ALAM 18 April - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengkaji aspek undang-undang dan pelaksanaan berhubung keputusan kerajaan Selangor untuk memberi 20 meter padu air percuma di semua kediaman di negeri itu.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya juga sedang mengkaji dan menyemak aspek lain termasuk kerugian yang akan dialami Syabas ekoran keputusan itu.
Beliau bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut berhubung status kajian yang sedang dijalankan atau pandangan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri itu.
''Buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen kerana banyak perkara yang akan kita kaji dan semak sebelum ia dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
''Bagaimanapun kita akan panggil sidang akhbar untuk buat pengumuman khas berkenaan perkara air ini nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli-Ahli Baru Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan rakyat negeri itu bakal menikmati bekalan air percuma sehingga 20 meter padu sebulan sebagai mengotakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pada mulanya cadangan itu akan dilaksanakan pada bulan ini tetapi ditangguhkan sehingga Jun ini.
Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar berkenaan adalah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Ditanya status pemeteraian urus niaga antara Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. berhubung operasi rawatan dan penyelenggaraan loji air Sungai Sireh, Tanjong Karang pada 7 Mac iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12, Rozali berkata, perjanjian itu telah ditandatangani dan akan diteruskan.
Beliau juga tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perjanjian pembelian air dari Pahang untuk negeri Selangor kerana ia tidak membabitkan Syabas.
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
SPRM tingkat keselamatan pegawai
Kedah tubuh makmal transformasi
Kakitangan awam pantau harga barang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










