Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 17/04/2008
Hadi dukacita UMNO berbalah secara terbuka

Hadi dukacita UMNO berbalah secara terbuka

MARANG 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas cara UMNO menyelesaikan 'masalah keluarga' dengan bertelagah secara terbuka.

Abdul Hadi berkata, pertelagahan dalaman UMNO sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan tidak dilakukan melalui media.

''Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar daripada budaya dan adat orang Melayu.

''Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu perkara yang memalukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini.

Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan negara.

''UMNO kena terima pandangan semua pihak termasuk daripada kaum Cina dan India untuk melakukan perubahan," katanya.

Beliau berkata, pertelagahan dalaman UMNO itu tidak sepatutnya berlaku kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, kekalahan yang dialami parti itu tidak seteruk parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

''Keadaan ini berlaku kerana ahli-ahli UMNO kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum tersebut menyebabkan mereka menjadi panik," ujarnya.

''Saya mencadangkan supaya pertemuan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin politik Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diadakan untuk kita sama-sama menghayati pemerintahan selepas pilihan raya dan tidak terlalu sibuk untuk memulihkan parti," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN