Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/04/2008
Yaakop cabar ADUN dedah pembabitan

Yaakop cabar ADUN dedah pembabitan

SHAH ALAM 15 April - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor untuk mendedahkan kepada umum mengenai pembabitannya dalam projek ternakan babi moden di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Yaakop Sapari berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat pendedahan jika Karim terus mempolitikkan projek berkenaan sehingga mencetuskan isu hangat dan bantahan penduduk.

Menurutnya, Karim sepatutnya tidak campur tangan kerana pada dasarnya beliau juga bersetuju dengan pelaksanaannya apabila tiada bantahan dibuat setelah mengikuti lawatan ke ladang ternakan babi moden di Jerman sebelum ini.

"Jadi, saya mahu beritahu, jangan politikkan isu ini khususnya ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor. Kita ada senarai mereka yang pergi ke Jerman," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penerangan mengenai projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di sini hari ini.

Yaakob turut menunjukkan kepada pihak media gambar Karim yang memberi isyarat tangan 'bagus' di dalam kandang babi di Jerman.

"Ini adalah gambar ADUN Tanjung Sepat, dia kata ok dalam kandang babi di Jerman. Kalau dia tidak diam, kita ada beribu lagi gambar yang boleh didedahkan.

"Bukan saja di Jerman, gambar di Amsterdam dan Menara Eiffel pun ada," katanya.

Katanya, beliau juga akan mempersoalkan tujuan dan aktiviti Karim serta delegasi yang mengikuti lawatan tersebut semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan bermula Selasa ini.

Yaakob memaklumkan bahawa projek itu tetap diteruskan di Ladang Tumbuk dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Tambahnya, lokasi tersebut sesuai berdasarkan hasil penyelidikan oleh dua pakar kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Teknologi Petronas.

Jelasnya, ia meliputi kawasan seluas 136 hektar yang dibahagikan kepada tiga zon iaitu loji biogas (20 hektar), kandang penggemukkan (63 hektar) dan kandang pembiakan (53 hektar).

Beliau berkata, walaupun sempadan ladang itu berhampiran kawasan penduduk, kandang haiwan serta kilang pemprosesan terletak jauh ke dalam iaitu hampir satu kilometer.

"Jumlah ternakan yang dibenar pula hanya 250,000 ekor dan bagi keperluan negeri Selangor sahaja," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN