|
PUTRAJAYA 10 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan berisiko tinggi lain akan dikaji semula bagi mengelak berulang kejadian rompakan wang bernilai RM3.3 juta di KLIA semalam.
Beliau berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lalu untuk menyemak semula perkara itu.
Musa ditemui pemberita selepas majlis perbincangan empat penjuru di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Pejabat Peguam Negara dan pegawai kehakiman di sini hari ini.
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|