|
![]() |
|
Intel Bunnyman bergaya dengan skrin yang akan memaparkan nombor SMS bagi kuiz interaktif intel. |
Apakah yang dicari oleh pengunjung setiap kali mereka mengunjungi pameran komputer atau PC Fair?
Tentu saja harga yang murah serta komputer yang berkuasa tinggi, laju dan boleh menggunakan pelbagai aplikasi multimedia.
Kajian yang dijalankan menunjukkan pelanggan mementingkan harga, suka membuat tinjauan sebelum mengambil keputusan membeli.
Pameran Komputer anjuran Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) yang diadakan tiga kali setahun boleh menjadi platform pengguna mencari produk sedemikian.
Pengurus Pemasaran Intel Malaysia, Norhizam Kadir berkata, pada PC Fair kali ini pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa pengeluar komputer tempatan.
"Intel dengan rakan pengeluar komputer tempatan yang mengambil bahagian menawarkan cip pemprosesan Intel Core 2 Duo pada harga RM1,099 dan sistem Intel Core 2 Quad berharga RM1,599.
"Penggunaan komputer dalam masyarakat Malaysia telah berkembang daripada penggunaan mudah kepada hiburan multimedia mewah dan aplikasi komunikasi," katanya.
Ini termasuk perkongsian fail, menonton video definisi tinggi, menyunting gambar, permainan dan penyaliran video langsung daripada laman web.
Evolusi dalam keperluan pengkomputeran menyebabkan permintaan dalam komputer yang berkuasa tetapi pada harga yang berpatutan.
Norhizam berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Intel menyediakan PC berkuasa tinggi tetapi dengan penggunaan tenaga lebih rendah.
"Di Intel, kami memenuhi permintaan pengguna dengan keupayaan PC pada harga patut dengan teknologi mewah," katanya.
Komitmen Intel menawarkan sistem Intel Core 2 Quad pada harga yang mampu dimiliki adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat menyediakan pengguna dengan pemprosesan yang lebih baik bagi menjana keupayaan PC dan pelbagai tugasan.
Manakala pengguna biasa yang hanya menggunakan PC bagi kehidupan seharian akan mendapati pemprosesan Intel Core 2 Duo sesuai bagi mereka yang baru mula menggunakan multimedia.
Sistem komputer yang dijana oleh pemprosesan Intel Core 2 Duo dan Intel Core 2 Quad juga menawarkan keupayaan dalam penjimatan tenaga.
Selain tawaran pemprosesan Intel, pengunjung ke juga boleh mendapatkan pelbagai promosi dan hadiah daripada Intel.
Norhizam berkata, ini termasuk kuiz interaktif khidmat pesanan ringkas (SMS) di mana pengunjung yang memberikan jawapan yang betul akan berpeluang menebus hadiah di kaunter Intel.
Bagi mengambil bahagian pengunjung harus mencari Intel Bunnyman yang membawa kod ringkas SMS yang dipaparkan di skrin LCD.
Peminat komputer yang mahukan PC dengan pemprosesan berkuasa daripada Intel bolehlah mengunjungi PC Fair di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula esok hingga 13 April ini dan dibuka pukul 11 pagi hingga 9 malam.
IKLAN@UTUSAN
|