|
KETIKA ada yang bergembira dengan pengumuman pencalonan senarai akhir Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15), Joyah dengar ada juga artis yang kecewa. Joyah dengar antaranya termasuklah penyanyi Liza Hanim yang khabarnya bergenang air mata sebaik sahaja pencalonan senarai akhir untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) diumumkan.
Joyah faham kalau Liza terasa macam nak mengalirkan air mata sebab siapalah Karen Kong yang layak ke senarai akhir jika nak dibandingkan dengan Liza kan!
Walaupun album Liza, Imagin dicalonkan untuk kategori Album Pop Terbaik tetapi tercalon dalam persembahan vokal punya kredibiliti tersendiri buat seorang penyanyi apalagi yang punya vokal mantap seperti Liza.
Tapi nak buat macam manakan? Dah tidak tercalon, kenalah terima. Lagipun apa nak dihairankan sebab bukankah AIM itu sendiri selalu mengundang kontroversi. Malah Joyah pasti, melihat kepada senarai pencalonan akhir dan kategori yang dipertandingkan, ramai yang lebih makan hati daripada yang seronok dengannya.
IKLAN@UTUSAN
|