ARKIB : 05/04/2008
Pelanggan Streamyx 1.3 juta orang
KUALA LUMPUR 4 April - Telekom Malaysia Bhd. (TM) mencatat sebanyak 1.3 juta pelanggan sejak awal tahun 2007 bagi perkhidmatan talian jalur lebar.
Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, setakat ini, syarikat telekomunikasi itu lebih memberikan tumpuan kepada perkhidmatan Internet, dikenali Streamyx dan jalur lebar.
Berikutan itu, jelasnya, jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Streamyx turut meningkat kepada 1.1 juta.
''Bagaimanapun, TM akan meningkatkan jumlah pelanggan bagi Streamyx dan jalur lebar ke tahap yang lebih tinggi.
''Sehubungan itu, TM dalam perancangan mempelbagaikan perkhidmatan jalur lebar yang kini dilihat menjadi pilihan utama orang ramai,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Jutawan Merdeka di sini hari ini.
Katanya lagi, sehingga kini, TM berjaya menarik sebanyak 30,000 pelanggan baru setiap bulan bagi perkhidmatan Streamyx.
Dalam pada itu, menurut Zamzamzairani, selain perancangan meluaskan perkhidmatan jalur lebar, TM juga bakal mengeluarkan produk-produk perkhidmatan terbaru.
''Kita akan mengumumkan perkhidmatan terbaru itu pada masa terdekat,'' katanya.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









