VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 03/04/2008

Hak majikan tentukan tugas pekerja

SOALAN
Apakah hak pekerja beragama Islam untuk solat fardu lima waktu di tempat kerja, adakah ia termaktub dalam mana-mana akta?.

Bolehkah majikan menetapkan masa solat fardu lima waktu untuk pekerja beragama Islam hanya semasa waktu rehat atau waktu makan atau sebelum atau selepas waktu kerja?

Tidak ada peruntukan dalam undang-undang buruh mengenai sembahyang lima waktu di tempat kerja. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pekerja Islam tidak perlu menunaikan kewajipan sembahyang lima waktu. Kewajipan bersembahyang lima waktu boleh dilakukan di tempat kerja tetapi di luar waktu kerja. Umpamanya sembahyang Zuhur boleh dilakukan semasa rehat makan tengah hari.

Tidak menjadi kesalahan untuk pihak majikan menetapkan masa solat fardu lima waktu semasa waktu rehat, waktu makan atau sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja kerana waktu untuk solat tidak ada dalam Akta Kerja 1955.

Majikan boleh menetapkan masa untuk solat fardu sekiranya ia dilakukan bukan waktu rehat atau makan. Majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk menunaikan solat fardu di tempat kerja jika ia dilakukan semasa waktu rehat atau selepas waktu kerja kerana masa yang diambil untuk sembahyang tidak menjejas waktu bekerja.

Saya adalah kakitangan swasta dan telah bertugas dengan sebuah syarikat selama 25 tahun. Selepas 19 tahun bekerja saya ditempatkan di bahagian kawalan mutu dengan empat orang kakitangan yang cekap. Saya bertanggungjawab untuk melulus dan menidakkan sesuatu bahan yang keluar masuk dari bahagian saya.

Malangnya ada satu bahan yang masuk ke bahagian saya didapati telah tidak mengikut spesifikasi melebihi 30 peratus dari jumlah yang dihantar. Setelah berbincang dengan kakitangan saya, saya tidak meluluskan bahan tersebut. Perkara ini telah menjadi kemarahan ketua unit perniagaan. Beliau menuduh saya sengaja tidak meluluskan bahan tersebut.

Sejak dari hari itu, dia sentiasa mencari peluang untuk menghantar saya ke Kuala Lumpur. Saya pernah memohon pemberhentian secara sukarela (VSS) pada 2003 kerana tidak tahan dengan ugutan beliau tetapi beliau dengan sengaja tidak meluluskan permohonan tersebut. Sebaliknya saya ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Apakah yang sepatutnya saya lakukan? Keperluan saya sama ada pulang bertugas di tempat lama atau VSS pada tahun 2003 itu diberi semula kepada saya.

Permasalahan yang ditimbulkan adalah mengenai pertukaran, kedua VSS dan ketiga anggapan tuan dianiaya walaupun tuan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pertukaran adalah hak majikan. Lebih lagi jika kontrak perkhidmatan tuan ada klausa yang menyatakan tuan boleh ditukar ke mana-mana cawangan atau pejabat syarikat.

Tetapi setiap pertukaran yang dibuat oleh majikan mesti atas sebab keperluan syarikat dan tidak kerana agenda majikan yang terselindung atau tersembunyi. Jika terbukti kerana sebab-sebab tersebut yang biasa ditakrif sebagai ada niat yang tidak baik, maka pertukaran itu boleh dipertikaikan.

Berkaitan VSS, keputusan adalah hak syarikat. Tuan sebagai pekerja tidak boleh menyoal mengapa syarikat tidak memilih atau menyenaraikan nama tuan untuk mendapat VSS.

Perkara ketiga, andainya tuan menganggap diri tuan teraniaya oleh syarikat, tuan seharusnya mendapatkan bantuan melalui tatacara penyelesaian luaran kilanan (Grievance Procedure).

Jika prosedur ini tidak ada di syarikat dan tuan rasa teraniaya maka tuan boleh mengambil tindakan drastik iaitu pemberhentian secara konstruktif (costructive dismissal).

Namun tuan harus pasti bahawa untuk pemberhentian secara konstruktif pemungkiran perjanjian yang dilakukan syarikat hendaklah pemungkiran yang fundamental. Syarikat tidak lagi mahu terikat kepada terma-terma utama kontrak perkhidmatan umpamanya pihak syarikat gagal membayar gaji tuan tanpa sebab munasabah.

A bekerja sebagai pensyarah di syarikat B dengan gaji sebanyak RM1,450 dan elaun bulanan RM120. Kini telah genap setahun A bekerja di syarikat B. Mengikut kontrak apabila cukup setahun, A akan menerima kenaikan sebanyak RM100 (RM100 selama tiga tahun, dan tahun seterusnya RM80 setahun).

A mula berkhidmat pada 3 Julai 2006 dan menerima gaji pertama pada 27 Julai 2006. Namun demikian, pada hujung Julai 2007, tiada sebarang kenaikan diterima. Soalannya, adakah A berhak untuk menerima kenaikan pada hujung Julai 2007, ataupun pada hujung Ogos 2007?

A berhak menerima kenaikan gaji sekiranya ternyata dalam kontrak akan diberi selepas tamat perkhidmatan selama satu tahun. Oleh kerana A mula berkhidmat pada 3 Julai 2006, maka pada tarikh 2 Julai 2007 genaplah perkhidmatan A selama satu tahun. A sewajarnya dibayar gaji dengan kenaikan RM100 mulai gaji Julai 2007 sekiranya pemberian kenaikan tahunan ada dinyatakan di dalam Perjanjian Perkhidmatan A.

Mengikut Akta Kerja 1955, majikan boleh membayar gaji tidak lewat dari 7 hari bulan berikutnya. Pihak syarikat bertanggungjawab untuk membayar bayaran tertunggak (berserta dengan bayaran lain akibat kelewatan itu). Sekiranya pihak syarikat gagal berbuat demikian, A boleh memfail kes menuntut wang yang telah dipotong dari gaji bulanannya di Pejabat Tenaga Kerja berdekatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.