|
![]() |
|
KEJAYAAN di Terbuka Kuala Lumpur bulan lepas meningkatkan ranking dunia Azlan Iskandar (kiri) dan Ong Beng Hee. |
KUALA LUMPUR – Jaguh skuasy negara, Ong Beng Hee dan Mohd. Azlan Iskandar mencatat kenaikan besar dalam ranking terbaru dunia semalam hasil kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur, bulan lalu.
Kedua-dua pemain itu melonjak lima anak tangga pada ranking April, naik daripada kedudukan ke-17 dan 18 ke tangga 12 dan 13 dunia.
Dalam perlawanan akhir Terbuka KL yang berlangsung di Berjaya Times Square, 8 Mac lalu Beng Hee, 28, berjaya merangkul kejuaraan pertamanya selepas mengalahkan Azlan 11-8, 15-13, 12-10.
Pemain nombor satu negara itu kini sedang beraksi pada kejohanan COAS Antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan dia mampu memperbaiki lagi ranking dunia jika berjaya muncul juara.
Sementara itu Nicol David, yang menumpaskan musuh tradisi, Natalie Grinham di final Terbuka Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan pemain wanita nombor satu dunia buat tahun kedua.
Pemain Terbaik Dunia itu tidak mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan sepanjang dua bulan ini untuk memberikan tumpuan penuh kepada usaha merampas kejuaraan Terbuka Britain, bulan depan.
IKLAN@UTUSAN
|