ARKIB : 03/04/2008
15 kes wanita bertukar hodoh setiap tahun
KUALA LUMPUR 2 April – Sekurang-kurangnya 15 kes dilaporkan setiap tahun, membabitkan wanita yang bertukar wajah menjadi hodoh selepas menjalani rawatan di pusat kecantikan.
Fakta menakutkan itu didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Terapi Kecantikan Malaysia (MBTA), Datin Dr. Clara L. Chee yang turut menyifatkan perkembangan itu sebagai amat membimbangkan.
Menurut beliau, aduan yang diterima pihaknya berhubung masalah itu semakin meningkat dan jika dibiarkan boleh menjejaskan industri rawatan kecantikan di negara ini.
‘‘Masalah itu kurang diketahui umum kerana kebanyakan mangsa enggan mendedahkannya kepada media sebaliknya mereka datang mengadu ke pejabat kami termasuk melalui panggilan telefon.
‘‘Malangnya, apabila kita mahu membawa perkara itu ke tengah, mangsa akan menolak dengan alasan malu kepada orang ramai dan juga keluarga,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong di Wisma MCA di sini hari ini.
Pada 25 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan Chey Pik Yock, 25, terpaksa menelan kenyataan pahit menjadi hodoh semata-mata kerana ingin merawat beberapa jerawat yang tumbuh pada mukanya di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara.
Menurut mangsa, dia tidak menyangka rawatan yang diterimanya sebanyak tiga kali sejak November tahun lalu menyebabkan mukanya dipenuhi parut dan jerawat selain disahkan doktor dijangkiti ‘alergi akut’.
Dalam hal ini, Clara menasihati wanita yang berhasrat melakukan rawatan kecantikan supaya memilih premis yang diiktiraf oleh kerajaan.
Beliau berkata, wanita perlu berhati-hati kerana ada segelintir pusat kecantikan sanggup memberi rawatan yang tidak sesuai kepada pelanggan semata-mata ingin mengenakan bayaran mahal.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, isterinya Datin Fatimah Wan Chik, 44, yang menjalani rawatan kecantikan sejak dua bulan lalu masih belum sedarkan diri.
Katanya, walaupun isterinya yang kini dirawat di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, sudah boleh membuka mata tetapi beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi termasuk kepada kaum keluarga yang menziarahinya.
‘‘Ubat yang diambil sudah dikurangkan, keadaannya stabil tetapi masih bergantung kepada mesin. Saya serahkan kepada Allah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan lebih proaktif mengawasi operasi pusat kecantikan terutama yang hanya mementingkan keuntungan mengatasi kebajikan pelanggan.
Awal Januari lalu, Fatimah koma selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecantikan wajah di sebuah klinik swasta di Klang.
Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu setelah tidak sedarkan diri semasa pembedahan tersebut dilakukan.
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Bahaya demonstrasi jalanan
RON97 turun 20 sen malam semalam
Najib terima kunjungan Ketua Pengarah UNESCO
KUNJUNGAN HORMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









