Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KOTA

ARKIB : 23/03/2008
Yana peserta pertama AF6 tersingkir

Yana peserta pertama AF6 tersingkir


YANA.


PETALING JAYA 22 Mac – Yana menjadi peserta pertama tersingkir dalam program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6) di sini malam ini.

Yana atau nama sebenarnya Marliyana Binti Omar Walid, 24, menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman mendapat undian yang paling rendah berbanding 13 peserta lain.

Peserta berasal dari Perak itu nyata tidak mampu menyembunyi perasaan sedihnya ketika diumumkan oleh pengacara AF6, AC Mizal, sebagai peserta pertama tersingkir di konsert minggu pertama AF6 yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Penyingkiran Yana itu memberi laluan kepada 13 peserta lain untuk berjuang bagi merebut gelaran juara AF6.

Para peserta lain ialah Mohamad Aliff Bin Mohd. Razali, 22, Muhammad Faisal Bin Abdullah, 21, Lutfyah Bt Sheikh Omar, 23, Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi, 20, Ahmad Nubhan Bin Ahmad , 22, Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi, 22, Siti Norsaida Bt Tarudin, 32, Nadia Haswani Binti Hasnan, 18, Ika Nabila Binti Abdul Rahim,19, Stracie Angie Anam,18, Stanley Maringai David Impi , 25, Khairul Nizam Bin Baharom, 31, dan Hairina Binti Abd Halim, 44.

Pelakon dan pengacara, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura bertindak sebagai pengkritik tetap sambil ditemani oleh komposer Ajai selaku pengkritik undangan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN