ARKIB : 23/03/2008
Bapa Sharlinie terus meronda cari anak
KUALA LUMPUR 22 Mac - Kehilangan Sharlinie yang kini masuk hari ke-74 tidak mematah semangat bapanya, Mohd. Nashar Mat Hussain untuk terus mencari anak bongsu kesayangannya.
Beliau berkata, walaupun tidak lagi menerima maklumat daripada orang ramai, beliau sekeluarga yakin Sharlinie masih selamat dan mereka tidak pernah berputus asa dalam usaha mencarinya.
"Kami sentiasa buat rondaan di sekitar Petaling Jaya dengan harapan dapat menemui anak saya dengan segera.
"Saya reda jika anak saya ditemui dalam apa jua keadaan tetapi naluri saya sebagai bapa dapat merasakan dia masih selamat dan sihat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sharlinie hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada kira-kira pukul 11.30 pagi, 9 Januari lalu.
Mohd. Nashar turut melahirkan kebimbangannya dengan tahap kesihatan anak bongsu daripada tiga beradik itu kerana Sharlinie menghidap penyakit asma yang memerlukan ubat.
"Saya harap orang ramai berdoa agar Sharlinie berada dalam keadaan yang selamat dan tidak berputus asa membantu mencari," katanya.
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









