VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 21/03/2008

Secret Recipe sasar jadi jenama global

KUALA LUMPUR 20 Mac – Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. (Secret Recipe) berhasrat produknya menjadi jenama global menerusi penembusan pasaran luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Secret Recipe, Datuk Steven Sim berkata, syarikat telah bersedia untuk melebarkan sayap ke luar negara dengan mengembangkan sistem francaisnya.

‘‘Untuk menembusi pasaran luar sesuatu jenama itu harus mempunyai jenama yang kukuh di pasaran tempatan sebelum mengambil keputusan untuk cuba ke pasaran luar.

‘‘Kami yakin dengan pengalaman Secret Recipe selama 11 tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia, kami telah betul-betul bersedia untuk menjadi jenama global,’’ katanya kepada Utasan Malaysia baru-baru ini.

Setakat ini, Secret Recipe telah beroperasi di Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei dan syarikat itu turut mengintai peluang ke Vietnam dan Pakistan.

‘‘Kami akan memilih satu francais induk yang memenuhi kriteria kami bagi setiap negara yang akan kami masuki bagi memastikan jenama kami diterima dan boleh bertahan di negara tersebut,’’ ujarnya.

Antara kriteria yang menjadi keutamaan pemilihan itu adalah setiap francais induk mesti mempunyai minat yang mendalam terhadap perniagaan, sumber kewangan yang cukup dan paling penting percaya kepada jenama Secret Recipe, tambahnya.

‘‘Selain itu, kami akan memberi khidmat nasihat dan latihan, bermula dari pemilihan lokasi, reka bentuk kafe termasuk latihan penyediaan makanan dan operasi.

‘‘Bagi menjamin kualiti setiap kafe adalah sama di setiap negara, kami akan memantau setiap kafe tersebut secara berterusan,’’ ujarnya.

Sementara itu, bagi pelanggan tempatan, Secret Recipe turut mengadakan promosi kek kesihatan untuk menarik minat penggemar kek yang menjaga pemakanan dan kesihatan.

‘‘Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami berharap dapat menambah beberapa lagi menu kek dan makanan yang berasaskan organik dan penjagaan kesihatan.

‘‘Kami mengambil masa enam hingga lapan bulan bagi memastikan menu kami mengikut piawaian kesihatan yang sewajarnya sebelum kami mula menjual,’’ tambahnya.

Menurut Steven, Secret Recipe menetapkan sasaran untuk menambah kafe kepada 200 buah menjelang tahun depan.

‘‘Penambahan kafe Secret Recipe, bertujuan menjadikannya sebagai jenama francais utama yang bercirikan Malaysia.

‘‘Selain itu, ia turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.