Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 20/03/2008
Tengku Azlan dan Anifah

Tengku Azlan dan Anifah


Tengku Azlan dan Anifah Aman (kanan).


PUTRAJAYA 19 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kekosongan dua jawatan timbalan menteri yang disandang oleh Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman akan diisi dalam waktu terdekat.

Sambil mengesahkan kedua-duanya telah menolak pelantikan sebagai timbalan menteri yang diumumkan semalam, Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengenai calon pengganti Anifah manakala pengganti Tengku Azlan akan ditentukan beliau sedikit masa lagi.

‘‘Semalam, kedua-duanya jumpa saya dalam suasana yang baik, tidak bertengkar dan meninggikan suara.

‘‘Datuk Anifah kata saya dah dua penggal, kalau saya tidak dapat yang lepas ini...kalaulah saya akan teruskan juga sebagai timbalan menteri, saya ingat lebih baik Pak Lah beri kepada orang lainlah, saya sedia untuk beri laluan...nadanya tentu sekali sedih.

‘‘Jika anda tak mahu buat, ia sesuatu yang semula jadi. (Bagaimanapun) dia akan terus kekal sebagai wakil rakyat. Tengku (Azlan) pun cakap macam itu juga, dengan nada yang sama, lebih kurang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di sini hari ini.

Ketika mengumumkan senarai barisan baru Kabinet semalam, Abdullah mengumumkan Tengku Azlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar manakala Anifah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN