VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 18/03/2008

UMS universiti pertama bina balai polis kampus


Sukarelawan Polis Siswi Universiti Malaysa Sabah melihat model balai polis kampus pada majlis Pecah Tahan Bangunan Kor Suksis di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 17 Mac - Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai universiti pertama di negara ini membina balai polis dalam kampus.

Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, balai polis bernilai kira-kira RM5 juta itu dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan perbelanjaan mengurus UMS dan dijangka siap 4 Januari tahun depan.

"Sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya, UMS menjadi universiti pertama di Malaysia memiliki kemudahan sebuah balai polis dalam kampus yang menjadi mercu tanda pencapaian kor Suksis UMS.

"Idea mewujudkan balai polis dalam kampus ini sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mewujudkan Kor Suksis di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Balai Polis Suksis UMS di pekarangan kampus UMS yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ab. Razak Ab. Ghani; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Prof. Dr. Sanudin Tahir dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Amran Ahmed.

Menurut Mohd. Noh, balai polis berkenaan dilengkapi dengan kemudahan memenuhi spesifikasi sebuah balai polis seperti pejabat pertanyaan, bilik gerakan, ruang pejabat, lokap, stor material spesifik, garaj pengangkutan dan stor senjata.

Katanya, pembinaan balai polis itu mampu melahirkan suasana polis dalam kampus selain sebagai pusat latihan kepolisan di kalangan anggota Suksis.

Justeru, beliau berharap pembinaan balai polis itu dapat memberikan simulasi sebenar tugasan anggota polis secara praktikal di kalangan mahasiswa UMS.

Beliau berkata, pembinaan balai polis itu turut mengambil kira persekitaran dan landskap indah sekali gus menyediakan ruang rekreasi kepada para pengunjung.

Sementara itu Noor Rashid berkata, pembinaan balai polis tersebut bertepatan dengan cabaran yang ada pada hari ini selain merapatkan lagi kerjasama antara masyarakat dan polis dalam menangani jenayah.

Selain itu katanya, balai polis itu bukan sahaja dapat membantu melatih mahasiswa UMS dalam tugas kepolisan malahan menjadi tempat penyelidikan dan saluran idea mahasiswa, pensyarah dan intelektual di UMS bagi meningkatkan lagi kecemerlangan polis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.