ARKIB : 17/03/2008
Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April
KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.
‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.
Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.
Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.
Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.
Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Jangan tolak kerajaan - Najib
KDN tangani fitnah siber
Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army
Citrawarna 1Malaysia penuh kemeriahan
Selesaikan dalam enam bulan
AirAsia perlu diberi pengajaran
Kaji kembalikan nama Universiti Pertanian
Fiesta Riuh Sakan meriah
Fiesta 75 Tahun Utusan meriah
Shabery ucap tahniah kepada Utusan
Bantu naik taraf ekonomi Melayu, India
Halal: Malaysia beri sumbangan besar kepada Kazakhstan
221 terima darjah kebesaran Pahang
'Kami tempuhi bersama'
Budak tak boleh kahwin kecuali dapat kelulusan
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









