ARKIB : 12/03/2008
Menjejaki penari berbakat
PROGRAM realiti So You Think You Can Dance yang mencari bakat-bakat baru dalam arena seni tari kini kembali untuk musim kedua.
Berdasarkan kejayaan penganjuran musim pertama yang menyaksikan Muhamad Haslam atau Alam muncul sebagai juara, uji bakat So You Think You Can Dance musim terbaru ini akan diperluaskan.
Pada musim pertama dahulu, pencarian peserta untuk program yang mendapat perhatian ramai itu hanya diadakan di ibu negara dengan lebih 600 orang mengambil bahagian.
Namun, untuk musim kedua ini, selain Kuala Lumpur, sesi uji bakat akan turut diadakan di Sabah iaitu di Hotel Imperial, Kota Kinabalu, pada 9 Mac lalu.
Bagi penari-penari di Semenanjung Malaysia pula, pastikan anda tidak lupa akan tarikh 18 Mac ini apabila uji bakat diadakan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.
So You Think You Can Dance terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Seperti biasa, peserta yang disenarai pendek akan dihantar mengikuti Dance Boot Camp selama empat hari.
Ketika menjalani sesi tersebut, setiap peserta akan diajar pelbagai jenis tarian seperti hip hop, ballroom, tradisional serta kontemporari.
Hanya penari yang terbaik dan boleh menguasai teknik-teknik tarian dalam masa singkat akan mara ke peringkat seterusnya.
Mengulas mengenai penganjuran So You Think You Can Dance musim kedua, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata, program musim kedua ini bakal menghidangkan sesuatu yang lebih menarik berbanding musim lalu.
“Pada musim pertama, kita banyak menerima penyertaan dari Semenanjung Malaysia selain dari Sabah dan Sarawak.
“Pada musim lepas juga, kami mendapati ramai orang Sabah yang pandai menari.
“Justeru, pihak pengurusan membuat keputusan untuk mengadakan uji bakat di negeri itu bagi memberi peluang yang lebih kepada penduduk Sabah,’’ katanya pada majlis pelancaran So You Think You Can Dance musim kedua di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.
Menurut Swee Kim, pada musim pertama, So You Think You Can Dance telah ditonton oleh lebih setengah juta penonton dan ia dijangka meningkat untuk musim kedua ini.
“Dengan uji bakat yang diadakan di Sabah, 8TV percaya jumlah penonton pasti meningkat,’’ jelasnya.
Program realiti 16 episod yang disiarkan secara langsung itu akan mula bersiaran setiap Khamis pukul 9.30 malam pada 1 Mei ini.
Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.
Tiga panel hakim yang mengadili peserta di musim pertama akan dikekalkan dan penglibatan mereka bermula daripada peringkat uji bakat hingga penyingkiran.
Mereka terdiri daripada Ramli Ibrahim, Pat Ibrahim serta Judimar Hernandez.
Musim kedua program ini juga turut menampilkan pengacara baru iaitu Aishah Sinclair.
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Pelangi Untukmu
Tidak mahu kontroversi
Jauh daripada kegelapan
Berjaya juga
Timba ilmu sambil berhibur
Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola
Bahagia bersama anak-anak
Dera orang tua
80 peratus artis tiada rumah sendiri
Pekin bukan batu api
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









