VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 03/03/2008

Seni jahit tampal cantum

TAMPAL cantum adalah seni cantuman kepingan-kepingan perca kain untuk menjadi sehelai kain yang besar.

Kuilt pula kain yang terhasil daripada cantuman tampal cantum yang dilapik dengan polister di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Selalunya pemandangan, haiwan, kanak-kanak, corak geometri atau abstrak dijadikan motif dalam jahitan tampal cantum ini.

Pemilik Fabric Patch, Jacqueline Stephen, 42, berkata, seni ini bukanlah suatu kraf tangan yang boleh dibuat sambil lewa kerana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran dalam menyiapkannya.

Ini kerana, katanya, proses tersebut perlu menggunakan pelbagai teknik pembuatan.

Kadangkala jika tidak ada komitmen, sesuatu hasil itu tidak cantik. Gabungan pelbagai jenis kain juga penting dalam membentuk motif yang menarik.

“Sehubungan itu, kreativiti penting selain daripada kesabaran membuatnya.

“Sebenarnya, jika kita tahu teknik tampal cantum dan mengikut corak yang ditentukan, dalam masa beberapa hari sahaja boleh disiapkan. Tetapi jika corak yang rumit, boleh mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkannya.

“Sebab itulah kuilt tampal cantum ini mahal, boleh mencecah ribuan ringgit mengikut corak dan ketelitian pembuatannya, namun yang penting ia berkualiti dan sememangnya berbaloi membelinya,’’ katanya ketika ditemui di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut bekas jururawat ini, seni tampal cantum ini juga boleh menyebabkan otak kiri berfikir dan sekali gus mengurangkan tekanan.

“Pelbagai produk seperti selimut, cadar, sarung bantal, beg, pakaian, gambar boleh dihasilkan daripada kuilt tampal cantum ini,’’ katanya.

Bercerita mengenai bagaimana memulakan perniagaan tampal cantum ini, Jacqueline memberitahu, kedai Fabric Patch telah dibuka sejak tujuh tahun dahulu apabila beliau tamat menyertai kursus kuilt dan tampal cantum di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

“Pada tahun 2000, saya dan ibu (Ivy Santiago) membuka Fabric Patch di Wisma Teng Chin, Klang, namun terpaksa ditutup atas beberapa sebab. Sekarang, saya menjalankan perniagaan ini di rumah sahaja. Lebih menjimatkan dan memudahkan saya menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

“Kami juga mengadakan kursus bagi yang berminat. Bayaran dewasa ialah RM600 untuk enam minggu selama dua jam setiap kelas, manakala RM200 untuk pelajar.

“Selain kuilt tampal cantum, kami turut mengadakan kelas applique, sulaman, smocking dan pelbagai jenis kraf lain,’’ katanya.

Tambahnya, Fabric Patch menggunakan kain kapas dari AS yang terkenal dengan corak yang cantik, tidak luntur serta fabrik yang kuat dan berkualiti. Fabrik-fabrik itu boleh dibeli dengan harga RM24 semeter.

“Justeru itu bagi memastikan corak sentiasa terkini, setiap dua tahun sekali, ibu saya akan membelinya di AS,’’ jelasnya.

Jacqueline, yang pada mulanya tidak menggemari seni jahitan itu memberitahu, seseorang itu tidak ada alasan yang menyatakan mereka tidak pandai menjahit.

“Ini kerana jahit tampal cantum sungguh mudah, hanya seperti jahit jelujur dan mengikut corak di dalam modul,’’ katanya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk kuilt tampal cantum dan sulaman atau ingin menghadiri kelas bolehlah hubungi Jacqueline di talian 03-33737060.

Sejarah kulit tampal cantum

* Seni ini sebenarnya telah wujud sejak zaman Mesir purba lagi apabila khemah kematian Permaisuri Esi-mem-kev Mesir telah dijahit dengan teknik kuilt. Begitu juga dengan permaidani di makam Firaun yang diperbuat menggunakan teknik kuilt tampal cantum dan dipercayai dibuat pada abad pertama Sebelum Masihi.

* Pada sekitar tahun 1300, kerabat diraja Eropah menjadikan kraftangan ini sebagai hadiah di mana isteri kelima King Henry VIII, Queen Catherine telah menerima hadiah sebanyak 24 helai kuilt.

* Perubahan cuaca yang melampau di Eropah Barat juga telah menyebabkan permintaan terhadap cadar kuilt meningkat. Mereka menggunakan lumut, bulu burung, bulu biri-biri dan rumput sebagai lapik dalaman bagi mengurangkan kesejukan.

* Manakala di Eropah selatan, mereka mengunakan teknik tampal cantum dan kuilt untuk menghias pakaian, katil dan hiasan rumah.

* Di Amerika pula, seni kuilt dibawa oleh pendatang. Mereka bukan sekadar menggunakan sebagai selimut tetapi sebagai kain khemah, cadar, lapik lantai dan pakaian.

Sejak itu, kuilt tampal cantum telah tersebar di seluruh dunia dan menjadi satu seni yang begitu tinggi nilainya bukan sekadar jahitan yang cantik tetapi mutu pembuatannya yang unik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.