ARKIB : 02/03/2008
Polis, Perhilitan rampas dua ekor harimau ‘Haji Ton’
SUNGAI PETANI 1 Mac – Polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas dua ekor harimau belang peliharaan seorang lelaki yang kini dikehendaki polis, Zaiton Arshat dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Jihad, Bukit Selambau, dekat sini malam ini.
Zaiton, 56, atau dikenali sebagai Haji Ton, kini dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes rompakan wang tunai RM3.19 juta daripada sebuah van keselamatan di Gurun awal bulan lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Supritendan Ahmad Zaki Masroh berkata, dalam serbuan yang disertai 11 anggota Perhilitan dan polis kira-kira pukul 8 malam itu, pihaknya turut merampas dua ekor monyet dan masing-masing seekor buaya dan ungka.
Kesemua binatang peliharaan tersebut dipercayai dipelihara oleh Zaiton, lelaki yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan membawa harimaunya bersiar-siar menaiki kenderaan pacuan empat roda di sekitar Bukit Selambau dan Kuala Ketil.
“Kita mendapat maklumat bahawa Zaiton ada memelihara binatang terlarang di rumahnya sejak tahun 1993. Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, suspek tidak berada di rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam ini.
Zaiton yang memegang kad pengenalan bernombor 520818-02-5255 dipercayai melarikan diri bersama seorang lagi rakannya, Ariffin Salleh, 54, (kad pengenalan 540225-02-5469) dari Kampung Kemelong, Sik.
Mereka menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah sejak rompakan itu 5 Februari lalu.
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









