VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/02/2008

PKNS tawar 400 rumah kos rendah

KUALA LUMPUR 28 Feb. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan 400 unit rumah kos rendah bagi kawasan Kampung Sri Perantau, Pelabuhan Klang untuk jualan pada harga subsidi sebanyak RM42,000 seunit.

Rumah berukuran 650 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi itu terbuka kepada warganegara Malaysia berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

PKNS dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merupakan sebahagian daripada 1,656 unit kos rendah dalam 12 blok yang bersebelahan dengan kawasan perindustrian Pelabuhan Klang.

Permohonan dibuka mulai hari ini dan akan ditutup apabila unit yang ada habis dijual.

Pengurus Besarnya, Datuk Harun Salim berkata, usaha PKNS itu adalah sejajar dengan agenda kerajaan Selangor untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam menangani masalah kemiskinan dalam bandar.

Sebahagian daripada jumlah unit itu telah diduduki semenjak tahun 2005 yang kebanyakannya di bawah program setinggan sifar kerajaan negeri Selangor yang dicetuskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

PKNS berkata, ia sendiri telah terlibat sama dalam 17 projek yang membabitkan 6,389 keluarga yang telah ditempatkan ke kediaman yang selesa.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat PKNS, Jabatan Kemajuan Shah Alam, Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam atau hubungi talian 03-55192211 untuk keterangan lanjut.

Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.