VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 22/02/2008

Mukhriz ke Parlimen Jerlun

ALOR STAR 21 Feb. - Barisan Nasional (BN) Kedah membuat kejutan apabila meletakkan ramai muka baru sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-12 termasuk pemilihan Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk bertanding di Parlimen Jerlun serta pengguguran beberapa tokoh pada kali ini.

Pemilihan Mukhriz di Parlimen Jerlun meredakan spekulasi sebelum ini yang mengaitkan beliau bakal mengambil tempat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib yang kekal untuk bertanding di kawasannya itu.

Selain Exco Pemuda UMNO itu, dua lagi muka baru bertanding di Parlimen ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa yang menggantikan Datuk Dr. Wan Azmi Wan Ariffin di Parlimen Sik manakala Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim menjadi calon Parlimen Baling.

Senarai yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyaksikan pengguguran Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Mahadzir Khir dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin masih dipilih tetapi berpindah dari Parlimen Merbok untuk menggantikan Mahadzir di Sungai Petani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pula beralih ke Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi mengisi tempat abangnya, Abdul Kadir yang tidak disenaraikan sebagai calon.

ADUN Kubang Rotan yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain bersama tiga anggota Exco negeri Kedah turut digugurkan iaitu ADUN Jitra, Datuk Prof. Othman Ishak, ADUN Bukit Kayu Hitam, Khalidah Adibah Ayob dan ADUN Bukit Selambau, Datuk V. Saravanan.

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah turut mendapat tempat. Selain Azeez, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling yang bertanding di Parlimen, tujuh anggotanya bertanding di DUN termasuk ketuanya Mohd. Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat), Haris Fadzilah Husain (Anak Bukit), Tajudin Abdullah (Belantek), Basori Abu Hassan (Sungai Limau), Firdaus Zakaria (Kuala Ketil) dan Mazlan Abdul Rahman (Alor Mengkudu).

Sementara itu, seorang lagi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Hasbullah L. Isa dipilih bertanding di DUN Jeneri.

Lebih drastik, dalam senarai yang diumumkan oleh Menteri Besar, UMNO kekurangan satu kerusi bagi kuota wanita apabila tidak disenaraikan sebagai calon di Parlimen selepas pengguguran Mashitah.

Calon wanita bertanding kali ini terdiri daripada Suraya Yaacob yang kekal di DUN Sungai Tiang, Datuk Fatimah Ismail di DUN Tokai dan Lim Lee Choo di DUN Kulim.

Selain UMNO yang dibarisi ramai muka baru, MCA turut membuat rombakan calon bagi DUN dan Parlimen. Selain Lee Choo, DUN Gurun diberi kepada Leong Yong Kong manakala Datuk Boey Chin Gan yang dahulunya ADUN Kulim kini berpindah ke Parlimen Padang Serai.

Begitu juga MIC yang membariskan dua muka baru sebagai calon DUN. Mereka terdiri daripada S. Krishnan di Bukit Selambau dan S. Ananthan di Lunas.

Mahdzir ketika mengulas mengenai senarai calon yang diumumkan itu berkata, gandingan antara muka baru dan lama pasti menguatkan lagi jentera BN bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

''Saya tahu ramai yang mungkin terasa hati tetapi demi parti, apa yang penting ialah perjuangan untuk memastikan BN terus memerintah di negeri Kedah ini.

''Ini adalah kombinasi yang baik daripada orang lama dalam politik serta golongan profesional, tidak kira sama ada di Parlimen atau DUN," kata beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.