VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 17/02/2008

Sendi, saraf dan masalah pergerakan


Kecederaan ligamen buku lali

Doktor,
Saya seorang pemuda berusia 23 tahun. Saya aktif berjoging. Kira-kira sebulan yang lepas, di antara pergelangan dan buku lali kaki kanan saya seolah-olah terseliuh.

Jadi saya telah dapatkan rawatan terapi Sonotron di sebuah klinik swasta. Bagaimanapun, sehingga kini kaki saya masih belum pulih. Mengikut kata doktor yang merawat, kemungkinan besar kaki saya mengalami kecederaan dalaman yang menyebabkan ligamen kaki kanan saya terkoyak seperti yang sering dialami oleh para atlet.

Benarkah dakwaan tersebut? Kemudian baru-baru ini, dapat saya rasakan seolah-olah tulang di bahagian pergelangan kaki kiri saya seperti berlaga sesama sendiri bila saya cuba menggerakkannya ke arah kiri.

Apakah tanda tersebut? Di manakah boleh saya dapatkan rawatan?

-Aizad

Jawapan,
Kecederaan pada ligamen di bahagian pergelangan kaki atau buku lali adalah kecederaan yang agak lazim dialami oleh kebanyakan atlet dan orang yang aktif bersukan.

Kecederaan yang digambarkan oleh anda merupakan kecederaan ligamen pada sendi pergelangan kaki yang mana paling lazim berlaku melibatkan kecederaan pada Ligamen Anterior Talo-fibular (ATFL) dan pada kebanyakan keadaan melibatkan juga Ligamen Calcaneo-fibular (CFL).

Kira-kira 90 peratus daripada kecederaan sendi buku lali berlaku di bahagian tepi luar, sendi (lateral) melibatkan ATFL dan CFL dan 10 peratus lagi berlaku di bahagian tepi dalam, sendi (medial).

Kedua-dua ligamen ini terletak di bahagian tepi luar sendi buku lali dan ATFL di bahagian atas atau CFL bahagian bawah.

Kecederaan pada ligamen-ligamen ini berlaku disebabkan kedudukan terpelecok pada sendi buku lali sama ada semasa bermain atau berjoging di permukaan yang tidak rata.

Sekiranya simptom yang dialami merupakan kebengkakan yang berterusan, sakit dan perasaan seolah sendi tersebut longgar, maka ini menunjukkan bahawa terdapat koyakan yang serius pada kedua-dua ligamen ATFL dan CFL.

Rawatan yang sewajarnya boleh diperoleh dengan berjumpa dengan pakar ortopedik tetapi pemulihan bagi kecederaan ini dijangkakan akan memakan masa antara enam minggu hingga tiga bulan.

Rawatan awal termasuklah rehat, rawatan ais, balutan kain atau penganduh (splinting) sendi tersebut selain daripada menjalani fisioterapi secara berterusan.

Akan tetapi sekiranya masih terasa ‘longgar’ pada sendi ini, pakar ortopedik akan mencadangkan kepada anda untuk menjalani pembedahan di mana pemulihan terus boleh dilakukan ke atas ligamen yang tercedera atau koyak melalui prosedur yang dinamakan ‘Modified Bostrom Procedure’.

Kesan jangka masa panjang ke atas sendi yang longgar adalah kerosakan rawan yang lebih cepat berbanding dengan sendi yang tidak tercedera, atau osteoartritis sendi buku lali.

Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan rawatan dan nasihat pakar yang berkenaan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi tentang rawatan khusus masalah berkenaan.

Kemalangan sebabkan kecederaan saraf

Doktor,
Tahun lepas, saya mengalami kemalangan jalan raya. Masalah yang saya hadapi ialah selepas pembedahan kali ketiga, doktor mengesahkan saya mengalami “foot drop” iaitu kaki saya terjatuh dan menyebabkan saya sukar berjalan kerana terpaksa mengangkat kaki lebih tinggi sedikit.

Selepas pemeriksaan awal doktor mengesah saya mengalami kecederaan saraf sebanyak 50/50. Tetapi maklumat lengkap belum diketahui.

Persoalannya bolehkah saya sihat seperti dahulu? Berapa lama tempoh untuk sembuh dan apakah rawatan terbaik selain pembedahan pembetulan saraf?

- OTE, Johor Bharu.

Jawapan,
‘Foot Drop’ adalah terma yang digunakan untuk pesakit yang mengalami kecederaan pada ‘Common Peroneal Nerve’ iaitu saraf yang bermula dari kawasan lutut dan berfungsi mengawal pergerakan kaki dan pergelangan kaki agar boleh diangkat.

Dalam keadaan ‘Foot Drop’ pesakit tidak dapat menggerakkan kaki dan pergelangan kaki ke atas. Ada banyak sebab bagaimana saraf tersebut boleh tercedera dan tahap kecederaan saraf juga memainkan peranan yang penting dalam rawatan dan pemulihan.

Klasifikasi kecederaan dibahagikan kepada ‘Neuropraxia’, ‘Axonotmesis’ dan ‘Neurotmesis’.

Neuropraxia merupakan kerosakan saraf melibatkan gangguan konduksi arus saraf tersebut menyebabkan gangguan sementara yang mana pemulihan penuh boleh dilihat selepas enam hingga lapan minggu.

Axonotmesis merupakan kecederaan pada sel-sel fiber saraf tersebut (axon) tanpa kerosakan kepada kantung atau lapisan luar saraf (myelin sheath). Pemulihan kecederaan sebegini memakan masa yang agak lama, bergantung pada tahap kecederaan saraf dan juga kawasan kecederaan. Contohnya, kecederaan saraf pada bahagian lutut akan pulih lebih cepat daripada kecederaan saraf di bahagian pinggul. Akan tetapi, tidak semua pesakit dapat mencapai tahap pemulihan penuh.

Neurotmesis pula adalah kecederaan saraf sepenuhnya di mana saraf tersebut telah ‘terputus’ sambungannya dan ini menyebabkan kelumpuhan sepenuhnya fungsi yang melibatkan saraf tersebut. Selalunya kecederaan sebegini memerlukan rawatan rapi termasuklah pembedahan mikro tetapi pemulihan tidak akan mencapai tahap 100 peratus atau kembali seperti asal.

Oleh itu, hendaklah dipastikan tahap kecederaan anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap pemulihan yang diharapkan. Kaedah pembedahan lain seperti pengalihan tendon (tendon transfers) merupakan pembedahan yang sedikit sebanyak untuk mendapatkan kembali fungsi pada anggota yang terlibat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.