VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 13/02/2008

Pelancongan hapuskan miskin tegar di Kuala Medang

KUALA Medang di Kuala Lipis, Pahang bukan satu nama asing bagi pelancong luar yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan ketenangan hidup di kampung yang masih mengekalkan tradisi serta kebudayaan masyarakat Melayu.

Sejak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan homestay pada 2002, Kuala Medang telah berjaya menarik ramai pelancong dari Eropah dan juga Asia untuk berkunjung ke kampung itu.

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Mohd. Razaki Abdul Razak berkata, mengekalkan gaya hidup tradisional masyarakat Melayu dan juga keindahan alam semula jadi yang masih tidak terusik oleh pembangunan, telah berjaya mencuri hati para pelancong asing untuk bercuti di situ.

‘‘Sewaktu mula-mula dihantar bertugas di Kuala Medang pada 1998, saya mendapati kampung ini seperti kampung lain di pedalaman Pahang yang agak ketinggalan berbanding penduduk di bandar.

‘‘Bagaimanapun, melihat sendiri keindahan alam semula jadinya, telah mendorong saya untuk menjadikan kampung ini sebagai projek homestay,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun pada peringkat awal, ideanya itu sukar diterima, namun, berkat kesabaran dan penjelasan yang sewajarnya, projek yang dirancang akhirnya berjaya mendapat sokongan daripada penduduk kampung.

Jelas beliau, perancangan untuk menjadikan Kampung Kuala Medang sebagai produk pelancongan homestay telah bermula sejak 1999.

‘‘Dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Medang, saya berusaha mengubah wajah Kuala Medang menjadi sebuah kampung yang bukan sahaja indah tetapi juga persekitarannya bersih dan selesa,” ujarnya.

Mohd. Razaki memberitahu, setelah yakin dengan apa yang diusahakannya itu, kertas cadangan bagi menjadikan Kuala Medang sebagai projek homestay telah dihantar kepada Kementerian Pelancongan dan kelulusan diperoleh pada tahun 2002.

Selain projek homestay, katanya lagi, beliau turut mendorong penduduk kampung menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

‘‘Setakat ini, kita telah pun berjaya menjalankan 10 jenis perniagaan IKS bermula dengan produk serbuk kunyit, tapai pulut, jeli kelapa, dodol, kuih-muih tradisional dan banyak lagi,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan bilangan penduduk seramai 980 orang daripada 340 buah keluarga, pendapatan bulanan masyarakat di Kuala Medang turut meningkat sejak projek homestay dan IKS diperkenalkan.

Pendapatan purata penduduk di sini dianggarkan RM1,000 sebulan dan masalah miskin tegar berjaya dihapuskan sama sekali di Kuala Medang,’’ ujarnya.

Menurut Mohd. Razaki, penduduk kampung turut terbabit dengan aktiviti pertanian dan penternakan di mana ladang salak, ladang sayur-sayuran, projek buah-buahan kelompok, ternakan pelanduk dan lembu turut diusahakan di sini.

Mengulas mengenai kejayaan projek homestay, beliau menjelaskan, Kampung Kuala Medang telah berjaya mencatat pelbagai kejayaan di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

‘‘Antara anugerah yang kita menangi ialah Anugerah Pelancongan Malaysia untuk kategori homestay peringkat kebangsaan bagi tahun 2005/06.

Beliau berkata, kedatangan pelancong asing dari negara-negara seperti Sweden, Australia, Jepun, Korea dan Singapura juga semakin bertambah daripada 397 orang pada 2002 kepada 2,500 orang pada tahun lalu.

Tambahnya, pendapatan keseluruhan yang berjaya dikutip daripada projek homestay turut meningkat iaitu daripada RM27,790 pada 2002 menjadi RM500,000 pada 2007.

‘‘Malah nilai aset yang dimiliki JKKK turut bertambah daripada RM600 pada 1999 kini berjumlah RM1 juta,” jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.