ARKIB : 13/02/2008
Suri rumah hasilkan kraf tangan surat khabar
BESUT 12 Feb. - Akhbar-akhbar lama biasanya dibuang atau dibuat kertas pembalut makanan, namun bagi seorang suri rumah, bahan tersebut digunakan untuk meningkatkan pendapatan sekeluarga.
Tengku Raini Tengku Abas, 46, yang tinggal di Kampung Beting Lintang dekat sini, tidak membuang kertas akhbar lama yang dianggap tidak memberi faedah selepas ia dibaca.
Sebaliknya, ibu kepada tiga orang anak itu menjadikannya hasil kraf tangan seperti bakul, pasu bunga dan tempayan untuk dijual kepada orang ramai.
Katanya, keindahan kraf tangan daripada kertas akhbar lama setanding dengan barangan yang diperbuat daripada rotan atau buluh jika kena cara pembuatannya.
''Saya menggunakan kertas akhbar, gam dan dawai untuk membentuk sesuatu barangan dan kemudian ia dicat supaya kelihatan menarik dan tahan lebih lama.
''Kegiatan seumpama ini memerlukan kesabaran serta ketekunan kerana ia boleh memberi pendapatan sampingan," katanya yang telah memulakan kegiatan itu sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, sebuah tempayan daripada kertas akhbar lama dapat disiapkan dalam masa tiga hari dan dijual dengan harga RM70 hingga RM80 sebuah.
Jelasnya, barangan kraftangan dari kertas surat khabar lama boleh tahan beberapa tahun bergantung kepada cara penjagaannya.
Tengku Raini berkata, dia membuat barangan kraftangan itu berdasarkan tempahan daripada orang ramai dan purata pendapatan daripada hasil jualan barangan berkenaan adalah RM300 hingga RM400 sebulan.
''Daripada duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain saya rasa lebih baik saya membuat kraf tangan bakul, tempayan dan pasu daripada akhbar lama kerana bahan-bahan ini mudah diperolehi," ujarnya.
Risiko hidap penyakit berjangkit
Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan
Kelantan akan bina 90 unit kedai
Melayu Kelantan kurang risiko hidap gastrik
Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









