VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 06/02/2008

Rahimi 20 tahun bergelumang jentera berat

PENGALAMANNYA dalam Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) membuatkan Pegawai Waren 2, Rahimi Aris, 38, berpengetahuan luas memperbaiki dan menyelenggara pelbagai varian kenderaan milik Tentera Darat (TD).

Beliau yang kini berkhidmat dengan 35 Woksyop dari 11 Kor Armor Diraja (KAD) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan telah menyertai perkhidmatan TD sejak 20 tahun lalu.

Daripada 20 tahun itu, tujuh tahun telah ditempuhinya hanya bagi mengikuti kursus-kursus berkenaan automotif, persenjataan, inventori, elektronik dan mekanikal.

Beliau merupakan lepasan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan Institut Kejuruteraan Tentera Darat (Ijed) yang kedua-duanya bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan.

Melalui kedua-kedua pusat kemahiran itu, Rahimi layak bergelar Juruteknik Kejuruteraan Mekanik Kereta Kelas 2 dan Juruteknik Kejuruteraan Mekanik Kereta Elektronik Kelas 1.

Diiktiraf

Beliau juga mempunyai Sijil Kenderaan Perdagangan Tahap I dan II yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Selain itu, Rahimi juga merupakan salah seorang peserta Kontinjen Malaysia (Malcon) I bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (UNIFIL) bermula dari Februari hingga Oktober 2007.

Kerana pengalaman luas serta kepakarannya menyelenggara pelbagai jenis pengangkutan terutama kenderaan berat milik TD, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pembaikan Kenderaan A (kenderaan berat seperti kereta perisai) Malcon I semasa berada di Lebanon.

Jawatan itu bermakna beliau dan 21 lagi anggota KJLJD di Lebanon bertanggungjawab memastikan 17 kenderaan berat milik TD yang dibawa ke sana berada dalam keadaan baik agar boleh digunakan pada bila-bila masa.

Jika diselami, tanggungjawab itu adalah penting dan berat apatah lagi bagi memenuhi kehendak PBB demi menjaga keamanan sejagat di kawasan bergolak.

Ini bermakna tim KJLJD di bawah kelolaannya perlu ‘beraksi’ dengan cemerlang agar misi PBB tercapai, di samping memelihara nama baik negara yang telah mendapat kepercayaan badan dunia itu.

Selain tugas khusus menyelenggara kenderaan TD di sana, Rahimi dan pasukannya turut dipertanggungjawabkan melakukan kerja-kerja kayu serta pateri barangan besi bagi menghasilkan papan-papan tanda untuk kegunaan pandu arah sekitar kem Malcon I di Lebanon.

“Walaupun saya dah terlalu lama ‘bergelumang’ dengan enjin kenderaan berat, namun kerja-kerja menghasilkan signboard masih dapat kami lakukan dengan baik kerana pengetahuan asas yang diperoleh di SPPTD dan Ijed dahulu,’’ jelasnya.

Cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh Malcon I di sana adalah kerana ketiadaan prasarana yang lengkap di kawasan kem.

Ini disebabkan Malcon I merupakan antara pasukan antarabangsa yang paling awal tiba ke sana bagi membendung ketidakstabilan politik dan keamanan di bumi itu akibat perang Israel-Hizbullah yang berlaku sekitar tahun 2006.

Namun menurut beliau, ada juga kesukaran yang dihadapi oleh mereka terutama dalam menghasilkan perkara-perkara yang tidak pernah dipelajari secara khusus tetapi berkat mesyuarat yang sering dikendalikannya, masalah-masalah itu berjaya ditangani dengan cemerlang.

Salah satunya ialah membina kubu-kubu di sekitar kem di bandar Koukaba, selatan Lebanon yang menjadi markas penempatan pasukan pengaman dari Malaysia itu.

Menurutnya, selain menyelenggara kenderaan pasukan seperti APC Kondor dan kereta armor Sibmas, beliau dan kesemua ahli pasukan turut dikehendaki membina 180 kubu yang setiap satunya boleh mengisi dua orang, bagi kawalan keselamatan kem jika diserang.

Beliau yang kini bertugas dengan 35 Woksyop di Gemas sibuk menyelenggara kereta perisai Adnan pelbagai varian serta kenderaan ringan lain.

Jika diperhatikan kepada kelayakan dan kemahiran yang ada pada Rahimi, beliau mungkin boleh menceburi bidang swasta seperti menjadi tenaga pengajar ataupun membuka bengkel membaiki kenderaan sendiri yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan.

Namun kerana semangat ketenteraan serta cinta kepada negara, beliau lebih senang untuk menabur khidmatnya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Negara itu adalah kita. Jika kita sendiri tidak mengambil inisiatif untuk memelihara aset-aset pertahanan Malaysia, siapa lagi?

“Selain itu, bukan semua orang di negara ini boleh ‘menjaga’ aset serta keselamatan negara,’’ jelas Rahimi yang nyata bangga dengan tugasnya itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.