ARKIB : 04/02/2008
Menyusuri kisah hidup seniman, seniwati
RAMAI pembaca yang ingin mengetahui bagaimana seniman dan seniwati Melayu mewarnai filem Melayu dalam dekad 1940-an, 1950-an dan 1960-an.
Keinginan pembaca ini dipenuhi dengan terbitnya Jejak Terbilang karya terbaharu Aimi Jarr, mantan wartawan Utusan Malaysia.
Jejak Terbilang menampilkan biografi ringkas 60 orang seniman dan seniwati tersohor dalam dekad-dekad tersebut. Meskipun pengisahan riwayat hidup seniman seniwati Melayu yang diungkapkan agak ringkas, tetapi pengulas menganggap ia cukup untuk memperlihat sumbangan mereka dalam bidang lakonan yang menjulang dan memperkasa filem Melayu dalam dekad-dekad tersebut.
Aimi mengemukakan biografi 60 orang seniman dan seniwati Melayu tersohor. Nama mereka disusun mengikut abjad yang dimulakan daripada A.R. Tompel hinggalah kepada seniwati Zaiton. Semasa memperkenal seseorang seniman dan seniwati, Aimi mengemukakan tarikh atau tahun kelahiran, pendidikan (jika ada) dan menggariskan penglibatan mereka sebagai pelakon. Turut dicatatkan ialah filem lakonan mereka. Misalnya sewaktu memperkenalkan A.R. Tompel, Aimi memperinci penglibatan A.R. Tompel sebagai pelakon dan bagaimana sumbangan beliau sebagai pengarah filem.
Begitulah keistimewaan buku ini yang menampilkan filem lakonan dan arahan bintang-bintang Melayu terkemuka. Pengarang mencatatkan hal-hal ini dengan teliti. Keistimewaan lain ialah gambar-gambar peribadi dan dalam filem yang dicetak dalam bentuk hitam putih dan warna. Hiasan gambar-gambar tersebut menyokong penceritaan biografi.
Pada pengulas, gambar-gambar ini begitu eksklusif dan agak sukar didapati kecuali dalam majalah tentang filem dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
Penceritaan seniman-seniwati yang begitu terperinci ini menjadikan buku ini antara buku sejarah pelakon filem yang berwibawa dan dipertanggungjawabkan.
Berjaya
Daripada penceritaan ini, tahulah kita bahawa ada pelakon yang bukan sahaja berlakon dan mengarah malah boleh menyanyi. Misalnya Datuk Ahmad Daud, Abdullah Cik, Aziz Jaafar, Hashimah Yon dan sebagainya.
Jika anda ingin tahu siapakah dia seniman berwatak jahat yang berjaya, beliau ialah A. Rahim. Menurut Aimi, watak penyangak yang dibawa oleh A. Rahim (A. Rahim Abu) dalam Panggilan Pulau pada tahun 1954 benar-benar berjaya melonjakkan beliau sebagai penyangak nombor satu dalam filem Melayu.
Siapakah seniman kanak-kanak yang mewarnai filem Melayu dekad 1950-an. Beliau ialah Bat Latiff atau Mohd. Ali Abdul Latiff. Watak kanak-kanak lakonan beliau dalam Nujum Pak Belalang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Singapura Dilanggar Todak sungguh mengagumkan. Biografinya terdapat pada halaman 56.
Ada bintang filem kita yang berlakon di Hollywood bersama Rock Hudson dalam filem The Spiral Road. Itulah dia Ibrahim Pendek atau Ibrahim Hassan. Biografinya terdapat pada halaman 84 hingga 87.
Biografi lain yang dibincangkan dengan terperinci ialah tentang P. Ramlee, Siput Sarawak, Umi Kalthom (Datin), Saloma (Puan Sri), Sarimah (Datuk) dan sebagainya.
Inilah antara keistimewaan Jejak Terbilang yang dapat memuaskan hati pembaca. Namun demikian ada seniman dan seniwati yang tidak dimasukkan dalam buku ini. Biografi mereka juga pada pandangan pengulas harus dibicarakan. Misalnya Ahmad Nisfu, Ahmad C (Muhammed Hamid), Omar Suwita, Zaharah Agus, M. Suki, Rahimah Alias, Norizan, Suraya Haron dan ramai lagi. Zaharah Agus juga pelakon dan penyanyi.
Begitu juga Ahmad C. yang terkenal dengan lagu Joget Menanti Jodoh dan Omar Suwita dengan lagu Suka Sama Suka (daripada filem Lampong Karam). Pengulas berharap biografi seniman-seniwati ini akan dibicarakan dalam edisi akan datang.
Namun demikian Jejak Terbilang terbitan Perbadanan Filem Nasional (Finas) dengan harga RM120 harus menjadi bacaan istimewa bagi mereka yang ingin mengetahui lebih dekat penglibatan seniman-seniwati Melayu tersohor dalam dekat 1950-an, 1960-an dan 1970-an.
Isyarat ke arah perpaduan Melayu
Jangan sudah terhantuk baru terngadah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Bila capai status gemilang, terlupa nilai-nilai murni?
Kenapa fobia apologetik dan berbalah lagi?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Demi rakyat, tiada lagi kompromi
Bukan saja gopoh tapi merosakkan
Kuatkan kembali perpaduan belia
Menyerlahkan peranan orang muda
Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa
Adam Adli yang tiada apa-apa istimewanya
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kota Bharu, di mana lagi silapnya?
ISU-ISU AKHBAR CINA
Hina, cabar Raja Berperlembagaan
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang
Ketandusan pelapis sang juara
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









