Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/01/2008
Pemuda UMNO bantu pelajar hidap leukemia

Pemuda UMNO bantu pelajar hidap leukemia

SUBANG JAYA 30 Jan. – Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan program derma darah bagi membantu pesakit leukemia, Abdullah Ahmad Badawi Abdul Rahman, 9, di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.

Pengerusi Biro itu, Datuk Subahan Kamal berkata, melalui kempen tersebut, pihak hospital akan melakukan pengasingan platlet sel darah merah yang diderma.

Jelasnya, pengasingan platlet tersebut akan membantu mengubati penyakit adik Abdullah dengan penggunaan kaedah teknologi moden yang berkos tinggi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tampil menderma darah dengan datang ke hospital tersebut untuk membantu pelajar tahun tiga yang berasal dari Padang Temu, Melaka itu.

‘‘Walaupun kaedah yang digunakan mahal tetapi pihak Pemuda akan membantu mencari dana bagi mengatasi masalah ini.

‘‘Lupakan dulu pasal wang, apa yang penting nyawa ‘Pak Lah’ kecil ini berjaya diselamatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Abdullah di hospital berkenaan di sini hari ini.

Menurut Subahan, pergerakan itu turut membantu menanggung perbelanjaan adik Abdullah bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak itu.

‘‘Kami akan menyumbang sebanyak RM15,000 bagi perbelanjaan perubatan adik Abdullah.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN