VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 27/01/2008

Rozita: 2008 tahun mengorak langkah


ROZITA IBRAHIM.


SETIAP kali kalendar diganti, setiap kali itu juga matlamat dan azam kita berubah. Pastinya ia satu perubahan ke arah yang jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bagi usahawan herba dan kecantikan terkenal, Rozita Ibrahim, munculnya 2008 menandakan usaha keras yang bermula hampir lapan tahun yang lalu harus digandakan demi memperkukuhkan lagi empayar perniagaannya.

Walau umum mengetahui kejayaan beliau menaikkan nama produk Sendayu Tinggi bukanlah kejayaan yang ‘biasa-biasa,’ nyata wanita berusia 43 tahun ini sekali-kali tidak pernah mengakui dirinya berada dalam zon yang selesa.

“Saya tidak tahu duduk diam dan saya memang suka buat duit,” ujar beliau jujur ketika ditemui baru-baru ini.

Menjelaskan perancangan terkini syarikatnya Rozita berkata, Sendayu Tinggi bakal mengeluarkan beberapa produk penjagaan wajah terbaru yang dijamin keberkesanannya. Beberapa produk pemakanan kesihatan juga akan ditambah seperti gamat dan minuman emulsi untuk ibu selepas bersalin.

Sejajar dengan itu, pelbagai langkah dirangka termasuk memperuntukkan jumlah yang besar untuk pengiklanan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Ujar finalis Anugerah Wanita Ikon 2007 ini lagi, rancangan terbitan syarikatnya, Anggun Ayu yang ditayangkan di TV3 juga bakal memasuki musim keempat dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan. Selain itu mereka juga terlibat dengan projek ‘Product Tour 2008’ menjelajah ke seluruh jaringan perniagaan bagi memperjelaskan dengan terperinci mengenai kebaikan produk Sendayu Tinggi.

Rozita sememangnya patut menjadi contoh bagi mereka yang tidak yakin dengan kemampuan diri. Selama ini beliau telah membuktikan bahawa kejayaan itu adalah milik semua tanpa mengira latar pendidikan. Biar tidak berjaya menjejak ke menara gading, namun itu bukan alasan wanita yang suatu ketika dulu pernah bergelar ibu tunggal ini untuk menyerah masa depan kepada takdir semata-mata.

Katanya, kerana tidak mahu anak- anaknya mewarisi kemiskinan yang dilalui beliau tekad merubah kehidupan keluarga mereka.

Selepas perkahwinan pertama yang tidak menjanjikan kebahagiaan, beliau mengorak langkah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal sebanyak RM400. Ternyata, percaturannya menjadi dan kini Sendayu Tinggi Holdings memiliki sembilan anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Manufacturing Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd., ST Advertising Agency Sdn Bhd, C Max Enterprise, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn. Bhd., Ethnique Food Industries Sdn. Bhd., ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd., dan Sendayu Tinggi Enterprise.

Sebagai wanita berjaya yang bermula dari bawah, Rozita mahu menjadikan pengalaman hidupnya sebagai panduan kepada mereka yang pernah mengalami nasib sepertinya dahulu.

Menyedari tiada kesenangan tanpa kesusahan, wanita yang berasal dari Sabak Bernam ini mengakui betapa pahit getirnya mengembangkan perniagaan ke tahap kini.

“Pelbagai tohmahan saya terima, tak kurang juga musibah yang menimpa. Tapi saya menganggap itu sebahagian daripada penyucian dosa dan ketika senang, saya berjanji tidak akan melupakan mereka yang susah,” katanya yang masih kekal dengan cara hidup sederhana.

Menceritakan mengenai anggapan sesetengah pihak yang mendakwa perniagaannya dikongsi bersama bukan bumiputera, Rozita sama sekali menafikan dan berpendapat ia hanya cerita buruk yang mahu melemahkan usahanya.

“Saya tahu orang memperkecilkan saya hanya kerana saya tidak berpelajaran tinggi, tapi saya bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang cerdik,” jelas Rozita sambil menambah perniagaannya kini banyak dibantu oleh anak-anak dan juga suami.

Selain penglibatan dalam bidang kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi melalui anak syarikatnya Ethnique Food Industries Sdn. Bhd. kini menceburi bidang penternakan itik dan kambing. Dengan memiliki ladang seluas 60 ekar di Sungai Buloh syarikat ini menghasilkan produk seperti daging itik, kambing, telur itik mentah, telur masin, pekasam ikan air tawar dan juga baulu telur itik.

Kata Rozita, beliau bersama suaminya melaburkan modal sebanyak RM5 juta untuk mencuba cabang perniagaan tersebut dan setakat ini menunjukkan perkembangan yang positif serta turut mendapat bantuan Jabatan Haiwan Negeri Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dari segi pemantauan kualiti.

Mengakhiri perbualan, Rozita sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dilakukannya kini hanyalah kerana ingin membantu bumiputera terutama kaum wanita di negara ini untuk mengorak langkah keluar dari belenggu kemiskinan tanpa perlu menoleh lagi ke belakang. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat tentang bidang penternakan Sendayu Tinggi boleh menghubungi talian 019-3359133/ 019-2292212.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.