VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 23/01/2008

PTG, syarikat bijih besi bincang masalah penduduk

KUANTAN 22 Jan. – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan mengadakan pertemuan dengan pemilik syarikat yang menjalankan operasi melombong bijih besi di Bukit Ibam sebagai sebahagian daripada usaha menangani masalah dihadapi penduduk terbabit.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendaftaran PTG, Masari Abd. Rashid berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu ini memandangkan masalah tersebut melibatkan soal kesihatan dan keselamatan orang ramai.

‘‘Kita akan panggil terlebih dahulu pemilik lombong bijih besi ini dalam masa seminggu sebelum mengambil apa-apa tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia mendedahkan kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Bukit Ibam, Muadzam Shah mendakwa berhadapan dengan ancaman kesihatan dan keselamatan berikutan kewujudan kuari bijih besi yang statusnya terus menjadi tanda tanya berhampiran kawasan kediaman mereka.

Lebih menimbulkan persoalan, apabila tiada pemantauan pihak berkuasa dibuat walaupun jarak kuari (lombong) berkenaan hanya terletak kurang daripada 50 meter dari rumah penduduk tempatan.

Mengulas lanjut, Masari memberitahu, siasatan awal pihaknya mendapati, dua buah syarikat melakukan aktiviti perlombongan di kawasan yang sama.

‘‘Biasanya bila berlaku kes begini, kita kena siasat terlebih dahulu kerana tanggungjawab kita menjaga kebajikan kedua-dua pihak iaitu orang ramai dan syarikat terbabit,” katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Masari, sekiranya mendapati syarikat berkenaan melanggar peraturan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit mereka.

Menurut beliau, beberapa pegawainya telah diarah menjalankan siasatan semalam dan laporan yang diterima mengesahkan kedudukan lombong terbabit terlalu hampir dengan kawasan kediaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.