VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 22/01/2008

Ketua UMNO Kubang Kerian bebas tuduhan penggubahan wang haram

22/01/2008 3:53pm

KOTA BHARU, 22 Jan. – Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail hari ini dibebaskan daripada dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram yang semuanya bernilai RM138,210 pada tahun 2005 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh memutuskan Mohd. Fauzi tidak perlu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sebaik sahaja prosiding mahkamah selesai, Mohd. Fauzi yang kelihatan gembira dengan keputusan itu disambut dengan ucapan tahniah dan laungan “Allahu Akbar” oleh penyokong dan anggota keluarganya sebaik keluar dari bilik mahkamah.

Mohd. Fauzi, 45, yang hadir ke mahkamah dengan diiringi kira-kira 30 penyokongnya, menghadapi dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram pada Januari 2005.

Berikutan kes itu, Majlis Tertinggi UMNO menggantung jawatan Mohd. Fauzi sebagai Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian sehingga kesnya diputuskan oleh mahkamah. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.