Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 18/01/2008
PM lancar model baru Proton Saga

PM lancar model baru Proton Saga

18/01/2008 10:42pm

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) hari ini mengembalikan nostalgia kelahiran pertama keretanya 23 tahun lalu apabila melancar model ke-16 dengan nama ‘Saga’ yang di jangka menjadi ‘kereta rakyat’.

Proton Saga model terbaru itu bakal meneruskan kejayaan model pertama dikeluarkan pada tahun 1985 yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara dengan kira-kira 1.2 juta unit telah terjual sehingga hari ini.

Proton Saga generasi baru ini, mengguna kan enjin Campro 1.3 liter yang dibangunkan Proton, ditawarkan dalam tujuh warna dan lima versi pada harga antara RM31,500 se buah (termasuk insurans) hingga RM39,998 sebuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa melancarkan model terbaru Proton Saga tersebut menyifatkan nya bakal menjadi ‘sebuah kereta rakyat’ yang dibanggakan.

Beliau berkata, kelahiran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 me menuhi impian negara untuk mengeluarkan kereta sendiri.

“Saya yakin ia akan menjadi pengganti yang sama hebatnya dengan model pertama kerana model baru ini dibangunkan bukan saja bagi pasaran tempatan, malah untuk pasaran eksport,” katanya pada majlis itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin berkata, Proton menyasarkan jualan antara 50,000 hingga 60,000 setahun.

Sehingga kini, lebih 6,000 tempahan telah diterima.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN