Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 01/01/2008
Proton lancar model baru pertengahan Januari

Proton lancar model baru pertengahan Januari




KUALA LUMPUR 31 Dis. – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan melancarkan model baru dikenali dengan nama kod BLM bagi menggantikan Proton Iswara pada pertengahan Januari ini.

Model BLM 1.3 liter yang akan dijual pada harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit itu boleh ditempah mulai esok di semua bilik pameran dan pengedar Proton di seluruh negara.

Ia didatangkan dengan tujuh warna pilihan terdiri daripada Zircon Green, Metallic Black, Solid White, Mountain Blue, Genetic Silver, Chilli Red dan Granite Gray.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang yakin model baru itu akan mendapat sambutan hebat berkata, model BLM itu dijangka mampu menarik minat pembeli dan sambutannya bakal dilihat melalui tempahan yang diterima sebelum kereta itu dilancarkan.

Menurutnya, model itu memaparkan gabungan reka cipta ringkas dan kontemporari dengan prestasi pemanduan yang dinamik, ciri-ciri yang praktikal serta menawarkan kos pemilikan yang ekonomik.

Katanya, berdasarkan faktor-faktor tersebut, beliau percaya BLM merupakan model yang sesuai untuk pasaran daripada aspek ketepatan masa pelancaran dan harganya.

‘‘Seperti kereta pertama yang keluar dari kilang Proton pada 1985, ia (BLM) akan menandakan peristiwa penting untuk Proton.

‘‘Kami berharap ia (BLM) akan menjadi titik permulaan dan menjadi kebanggaan negara serta ikon bagi setiap penduduk Malaysia,’’ jelas beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Model BLM merupakan model yang keenam dibangunkan oleh Proton selepas pembuat kereta nasional itu memperkenalkan model Persona pada tahun ini diikuti Satria Neo (2006), Savvy (2005), Gen.2 (2004) dan Waja (2000).

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN