|
BUKU ini mengandungi artikel yang disusun berdasarkan tiga tema iaitu akidah dan pendidikan, akidah dan masyarakat serta akidah dan pembangunan tamadun. Kesemua artikel adalah hasil karya penulis yang telah diubah suai daripada kertas kerja seminar dan bab dalam buku.
Penulisan buku ini juga bertujuan menyerlahkan kesinambungan pemikiran yang difikirkan wajar dikongsi bersama, seterusnya dapat memberikan sedikit sumbangan terhadap penghayatan ajaran Islam yang dicintai.
Buku ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada para pelajar subjek Akidah Islam dan juga anggota masyarakat bagi memahami dan menghayati peranan akidah dalam kehidupan individu Muslim dan juga kaitannya dengan konsep Hadhari yang terdapat dalam Islam.
Perbahasan dalam buku ini berbentuk sederhana agar kandungannya dapat dihayati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
– SAPORA SIPON
Tajuk: Akidah dan Pembangunan Tamadun
Penulis: Mohd. Rahdi Ibrahim
Penerbit: Kolej Universiti Islam Malaysia
IKLAN@UTUSAN
|